CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 0

Tak setuju vaksin, ibu culik anak

[Copy link]
Post time 6-1-2022 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Madrid: Seorang wanita didakwa menculik dua anak lelakinya untuk menghalang mereka daripada menerima vaksin Covid-19.

Wanita berusia 46 tahun itu dikehendaki kerana menculik kanak-kanak selepas bekas suaminya yang tinggal berhampiran bandar selatan Seville, memfailkan aduan kepada polis pada pertengahan Disember lalu, lapor AFP.

Dia didakwa membawa kanak-kanak lelaki berusia 14 dan 12 tahun tanpa kebenaran.

Lelaki itu berkata, dia tidak melihat anaknya itu sejak 4 November lalu, selepas dia menerima surat daripada bekas isterinya mengatakan rancangannya untuk memberhentikan mereka dari sekolah.

Ia beberapa hari selepas mahkamah memutuskan lelaki itu mempunyai hak menentukan sama ada anak-anaknya itu perlu diberi vaksin.

Wanita itu menyerah diri kepada pihak berkuasa pada pagi Rabu di Seville bersama dua kanak-kanak lelaki itu dan hakim memerintahkan dia direman sementara menunggu kesnya dibicarakan.

Kedua-dua remaja bawah umur itu diserahkan kepada bapa mereka pada petang Rabu, kata jurucakap pasukan polis Guardia Civil Sepanyol.

Sepanyol bersama beberapa negara Eropah lain mula memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada 15 Disember lalu.

Setakat ini, ia tidak mempunyai pergerakan antivaksin yang ketara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058804 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list