CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 13297|Reply: 287

[Tempatan] “Saya telah ambil suntikan vaksin” – KJ

  [Copy link]
Post time 6-1-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode
TERKINI

Tangkap layar temu janji pemberian vaksin Khairy Jamaludin.


“Saya telah ambil suntikan vaksin” – KJ

  • Oleh ZULKIFLI MANZOR
  • 6 Januari 2022, 1:18 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar nenafikan dakwaan beliau belum mengambil suntikan vaksin seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
Beliau sebaliknya menegaskan telah menerima mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021, malah merupakan individu pertama di Malaysia menerima vaksin keluaran Sinovac tersebut.
Khairy Jamaluddin berkata, beliau mendapatkan suntikan dos kedua pada 8 April 2021 dan menerima suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September lalu sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.
“Sejak semalam telah tular tangkap layar (screenshot) palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 saya yang disemak melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/.
“Dalam tangkap layar itu, status janji temu saya dinyatakan sebagai ‘sedang diproses’ sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan.
“Untuk makluman laman sesawang tersebut diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.


“Bagaimanapun selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang tersebut tidak lagi aktif atau dikemas kini,” jelasnya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan dos pertama beliau turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan beliau menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin tersebut.
Justeru, katanya, beliau menafikan maklumat yang dipaparkan dalam tangkap layar yang tular tersebut dan meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara. – K! ONLINE.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:17 PM | Show all posts
alah kenapa daddy tak shirtless?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:19 PM | Show all posts
manusia durjana..

nak susahkan unvaxxed...

ghuper ghupernya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya belum dapat temujanji utk dos ke3,YB dah sebut2 dos ke 4.Ada negara dah sampai dos ke 6 .My sejahtera tu ada masalah ke ,YB.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Elit semua tak amik kan
Kau tu duduk jauh dari nusio..tak amik pun takpa
Amik pon anak cucu dah kompom sembah baphomet

Antivak dalam kawasan transmission mana nak survivenya
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pentipuuuuuuu
Rakyat 97% kena kencingggg
Hahahaha
Susahlah hidup kau KJ
Ingat rakyat Bodo ke nak terima alasan ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
KJ, acik Rita kirim salam
Mohon ambik jadi bini nombor 2
Sama2 antivaks
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:00 PM | Show all posts
dah ada disclaimer kt laman web tu, kalau masuk pun takleh search lagi dah, kantoi la tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:01 PM | Show all posts
Kat mana nak tengok KJ punya screenshot status vaksin my sejahtera Tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
gbam replied at 6-1-2022 03:00 PM
dah ada disclaimer kt laman web tu, kalau masuk pun takleh search lagi dah, kantoi la tu

Aah. Dah tak leh masuk dah
Benda dia boleh buat khennnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:03 PM | Show all posts
gbam replied at 6-1-2022 03:00 PM
dah ada disclaimer kt laman web tu, kalau masuk pun takleh search lagi dah, kantoi la tu

a'ah...aku baru je nak buka web...trus appear notification : tak update kata nya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 03:03 PM | Show all posts
Moyangkucing replied at 6-1-2022 03:01 PM
Kat mana nak tengok KJ punya screenshot status vaksin my sejahtera Tu?

dh xleh bukak dh kna blok...mlm td n pg td meriah fb
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 6-1-2022 03:55 PM
pengecatbintang replied at 6-1-2022 02:19 PM
manusia durjana..

nak susahkan unvaxxed...


Apa apa jer lah. Asalkan You'allzz Bahagia.
Kuasa Allah swt takde siapa boleh lawan, doa orang teraniaya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:08 PM | Show all posts
alasan mula2 kj kata laman web tu tak update, tapi elok ja orang yg cucuk bulan 11 ada maklumat dlm tu, kj cucuk lebih awal dari bulan 11 takdak data plak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:09 PM | Show all posts
jahcomel replied at 6-1-2022 03:03 PM
dh xleh bukak dh kna blok...mlm td n pg td meriah fb

maksudnya, orang cek status vaksinasi heshe kat website jkjav guna no ic heshe kah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:10 PM | Show all posts
org PH je percaya benda menipu.

Lim gone eng cakap nak bagi tol free pun diorg percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by slavehunter at 6-1-2022 03:53 PM
gbam replied at 6-1-2022 03:08 PM
alasan mula2 kj kata laman web tu tak update, tapi elok ja orang yg cucuk bulan 11 ada maklumat dlm  ...

Apa apa lahhh.....asalkan you'allz Bahagia.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:28 PM | Show all posts
slavehunter replied at 6-1-2022 03:11 PM
Damage control.

Apa ni menteri kesayangan ramai pun Antibek?

kantoi big time neh ..zaman skrg netizen korek abis
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 6-1-2022 02:58 PM
KJ, acik Rita kirim salam
Mohon ambik jadi bini nombor 2
Sama2 antivaks


Kesian acik ponti harum sunds malam
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:44 PM | Show all posts
Isu hangat sekarang dikalangan netizen tanahair.  Sampai kes si Aziz Bari sprm pun tak ramai nak beri perhatian sangat.  Kalau tengok kronologi dah macam dua kali kantoi dalam hari yang sama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.100308 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list