CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5757|Reply: 88

[Tempatan] Dr Maza- Buat pemusnah hutan, selamat berendam dalam neraka

  [Copy link]
Post time 6-1-2022 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Buat pemusnah hutan, selamat berendam dalam neraka


Asri Zainul.

Kangar: Perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat bukan sahaja dilaknat tetapi akan direndam dalam neraka oleh Allah SWT kelak.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, terdapat hadis Rasullullah SAW yang memberikan amaran kepada sesiapa yang menebang pokok yang menjadi teduhan orang ramai.

"Baginda memberitahu bahawa sesiapa yang melakukan hal itu maka Allah SWT akan merendahkan atau merendam kepalanya ke dalam neraka.

"Daripada Aishah, sabda Baginda SAW, sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah SWT merendahkan (menekan) kepalanya dalam neraka" (Riwayat Abu Daud, al-Nasai dalam al-Kubra, al-Baihaqi dll Hadis sahih).

"Selain itu, Al-Imam Abu Daud al-Sijistani iaitu empunya Sunan Abi Daud, ketika ditanya tentang maksud hadis ini, beliau berkata, bahawa hadis ini diriwayatkan secara ringkas yang bermaksud, sesiapa dengan sia-sia (tiada alasan yang sah) dan zalim tanpa alasan yang benar, memotong pokok bidara di tanah lapang yang mana pengembara dan binatang selalu berteduh di bawahnya, maka Allah SWT merendahkan (menekan) kepalanya ke dalam neraka," katanya pada kenyataannya yang dipetik dari Laman Web Jabatan Mufti Negeri Perlis hari ini.

Katanya, hadis ini memberikan amaran, sesiapa yang merosakkan tumbuh-tumbuhan yang dapat menjadi teduhan orang ramai ataupun haiwan, maka Allah SWT akan merendahkan atau menekan atau merendamkan kepalanya dalam neraka.

"Hadis yang memberikan amaran yang dahsyat sebegini menunjukkan perbuatan yang dilarang itu termasuk sebagai al-Kabair iaitu dosa besar.

"Para ulama dahulu berbincang tentang maksud hadis ini. Ada yang kehairanan mengapa pula diharamkan memotong pokok bidara? Ada yang berpendapat ia khas untuk Mekah (Tanah Suci Makkah). Ada yang berpendapat hukum ini sudah dimansuhkan.

"Namun, jawapan al-Imam Abu Daud itu memberikan makna yang dapat difahami tentang maksud hadis ini yang berkaitan mereka yang memusnah tempat berehat atau berteduh para musafir atau haiwan, serta keadaan panas mendesak manusia dan haiwan mencari perlindungan dan pokok atau pohon yang rendang memayungi manusia dan haiwan daripada kepanasan," katanya.

Beliau berkata, pokok bidara dapat tumbuh di padang pasir serta mampu menghadapi cuaca kering dan panas.

"Maka di bawah pohonnya manusia berteduh manakala buahnya pula boleh dimakan apabila memerlukan.

"Oleh itu, memelihara pohon bidara yang berfungsi dengan fungsi berkenaan adalah menjaga keseimbangan dan peranan antara ciptaan Allah SWT dan merosakkannya pula adalah merosakkan anasir penting dalam keselamatan hidup manusia. (rujukan al-Qaradawi, al-Sunnah masdaran li al-Ma'rifah wa al-Hadarah, 142. Kaherah: Dar al-Syuruq 1998)," katanya.

Dr Mohd Asri berkata, oleh itu, sesiapa yang memusnahkan tempat perlindungan panas manusia dan haiwan ketika sangat memerlukan tanpa alasan yang benar pastilah termasuk dalam kalangan mereka yang sangat jahat.

Maka tidak hairan jika kepala mereka ini direndam ke dalam neraka.

"Bagaimanakah pula bagi mereka yang menebang pokok secara rakus sehingga berlaku bencana yang menyebabkan manusia kehilangan dan kemusnahan rumah dan tempat tinggal.

"Perbuatan ini bukan sekadar manusia yang hilang tempat berteduh di luar rumah, malah ia menyebabkan manusia juga hilang rumah tempat menetap diri dan keluarga, sekolah, tempat kerja, masjid, rumah ibadat dan pelbagai lagi.

"Bukan sekadar musafir sahaja yang melakukan perjalanan, bahkan manusia yang tinggal tetap di situ sejak sekian lama kehilangan segalanya dan apakah lagi kedajalan dan kejahatan yang lebih besar daripada itu," katanya.

Dr Mohd Asri berkata, disebabkan itulah perbuatan menebang hutan sehingga membinasakan kehidupan rakyat merupakan jenayah dunia dan akhirat.

"Tanpa mengira siapa pun pelakunya, sama ada golongan bawahan atau bangsawan, ahli politik atau ahli perniagaan, ke atas mereka adalah laknat daripada rakyat.

"Amaran Nabi Muhammad SAW bahawa laknat itu akan menimpa mereka nanti dan mereka akan menemui padah itu dalam kehidupan dunia dan akhirat," katanya.

tamat

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rendam-dalam-neraka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2022 12:57 PM | Show all posts
Edited by Raline at 6-1-2022 12:59 PM






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 12:59 PM | Show all posts
nampaknya isu ni akan berpanjangan ni.... merana rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Beri mangsa banjir sorang RM500....kira settle la....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 01:05 PM | Show all posts
stingeritters replied at 6-1-2022 01:00 PM
Beri mangsa banjir sorang RM500....kira settle la....

push up jgn lupa
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 6-1-2022 12:57 PM

Pitenah jerr tu, bkn ke perhutananan dh declare gmbr balak last tu kepala air yg potong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2022 01:12 PM | Show all posts
ehh bukan kata set2 ni bayangan tohannnn???

kalis api nuraka bangkali
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 01:22 PM | Show all posts
cantik ye potongan kayunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 01:26 PM | Show all posts
Aameen aameen aameen Ya Rabbal Alamin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2022 01:36 PM | Show all posts
Firenzza replied at 6-1-2022 01:08 PM
Pitenah jerr tu, bkn ke perhutananan dh declare gmbr balak last tu kepala air yg potong

ye ke??? serious la??? ada gmbr x
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 01:57 PM | Show all posts
Raline replied at 6-1-2022 01:36 PM
ye ke??? serious la??? ada gmbr x

sister pegi ke posting #116 yachh

https://bm.cari.com.my/forum.php ... page%3D2&page=6

yang dokumen asal versi jabatan hutan ada tapi kat mana entah malas meols nak cari

btw, acik @Firenzza sinikal jah tu sisthor
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Selangor pulak dah x de balak nak ditebang..kira ok la kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts


Pokok balak yg musnahkan diri sendiri,jgn salahkan org lain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pejabat perhutanan claim tak de pembalakan haram.. betul lah.. sbb ni pembalakan halallan toyyiban. Ada surat kebenaran kannnn.. kalau berani disclosed.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:08 PM | Show all posts
Cantik lurus je potongan balak tu tajam sungguh air bah sampai boleh potong rata macam tu seperti guna chainsaw mengerikan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut wakil tuhan kalau baca nih, free2 je dinerakakan secara sopan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2022 04:47 PM | Show all posts
adakah pembalakan haram ini melibatkan ketua agama islam kpd bani melayu?

adakah ketua agama islam ini akan direndam kepalanya dlm api neraka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mari ramai2 aminkan..Aaaminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 05:42 PM | Show all posts

iols dari aritu duk baca pasal push up ni ... tp clueless.. mohon pencerahan... sapa yg buat push up ni ???? ritu baca gak komen porumer, anak jagong eh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 05:53 PM | Show all posts
terus google buah bidara




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.496808 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list