View: 388|Reply: 0
|
[Sarawak]
Buat laporan palsu kereta hilang, gadis didenda RM1,200
[Copy link]
|
|
MIRI: Padah membuat laporan palsu untuk menyembunyikan kesalahannya yang terlupa tempat meletak kereta kerana mabuk, seorang gadis didenda RM1,200 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah Olivia Rintic Sugi, 28, dari Sungai Liam, Bakong mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah membuat laporan palsu kepada Koperal Norhayati Wasli untuk menyembunyikan kesalahannya dengan menyatakan bahawa kereta miliknya hilang.
Hasil siasatan lanjut polis mendapati kereta tertuduh tidak hilang sebaliknya dia terlupa tempat meletak kenderaan tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.28 pagi, 31 Disember lalu di kaunter pertanyaan Balai Polis Pusat Miri.
Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
utusanborneo.com.my/2022/01/05
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|