"Orang buat apa je kat dia, dia tetap tak sampai hati nak buat balik kat orang."
 Kredit foto: IG
Dalam kemas kini di Instagram, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mendedahkan sikap sebenar bapanya yang tidak ramai ketahui.
Katanya, Datuk Seri Zahid Hamidi seorang ‘family man’ dan tidak berpura-pura.
Difahamkan, video berkenaan sebenarnya sudah lama 'diperam' anak Presiden UMNO itu kerana tidak diizinkan bapanya untuk dimuat naik ke media sosial kerana enggan dikecam warga maya.
"Orang lama gitu la, sikit-sikit fikir apa orang nak kata pasal dia. Selalu pesan dan ingatkan dia bab orang nak mengata tu, kita tak boleh nak halang," tulisnya.
 Kredit foto: IG
Dalam video itu kelihatan Zahid sedang menghabiskan masa membawa cucunya bersiar-siar di sekitar taman.
Tambah Nurulhidayah yang lebih dikenali sebagai Nurul Zahid, ramai pihak cuba mengambil kesempatan terhadap bapanya.
"Marah dia pun sekejap je. Tu sebab orang ambil kesempatan atas kebaikan dia.
"Takpa Abah, semoga kebaikan Abah diberikan balasan dengan darjat yang tinggi di sisi Dia," ujarnya.
Di penghujung perkongsiannya itu, Nurul sempat berseloroh menitip pesanan kepada orang ramai supaya menutup mulut berhubung video yang dimuat naiknya.
Alah, sweet la pula ucapan anak Zahid untuk bapa dia ni. - CARI
|