CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 745|Reply: 2

Askar Maut Ditanduk Rusa Di Taman Istana Presiden

[Copy link]
Post time 5-1-2022 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Seorang askar Paraguay maut selepas diserang seekor rusa di taman istana presiden negara itu.


Sarjan Victor Isasi, 42, meninggal dunia selepas dadanya cedera tertusuk tanduk haiwan itu.




Gambar hiasan
Kredit foto: Getty Images




Media melaporkan, paru-paru Isasi cedera akibat tusukan haiwan tersebut.


Menurut BBC, rusa berkenaan adalah hadiah kepada kediaman presiden yang terletak berhampiran ibu negara.


Jurucakap tentera berkata, rusa itu biasanya diletakkan di kawasan berasingan dengan haiwan liar lain.


CCTV merakam detik-detik ketika askar berkenaan menghampiri rusa tersebut sebelum diserang.


Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tentera.




Kredit foto: Twitter/Trendsmap




“Menerusi kamera keselamatan anda boleh melihat mangsa memasuki kawasan haiwan ini berada dan dia membuat pergerakan (mengangkat tangan) yang menimbulkan reaksi rusa,” kata jurucakap tentera, Kolonel Victor Urdapilleta.


Ketika itu, katanya, Isasi melakukan rondaan rutin.


Haiwan itu adalah rusa axis dari India, menurut Pengarah Hidupan Liar di Kementerian Alam Sekitar, Frederick Bauer.


Ia adalah salah satu daripada banyak haiwan yang dipelihara di taman seluas 10 hektar di kediaman rasmi Presiden Mario Abdo Benitez.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 02:05 PM | Show all posts
Ada acah mengacah ke macam mana sebab haiwan tak akan serang orang tampa sebab
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 02:09 PM | Show all posts
Memang bahaya saya biasa nampak orang yang tiada perasaan takut dengan rusa ditaman richmond.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063559 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list