CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 3

Remaja Trauma Diperkosa, Suspek Masih Bebas

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Gambar Hiasan



Seorang gadis berasal dari Babulu, Kalimantan Timur dipercayai diperkosa rakan bapanya mengalami gangguan emosi yang serius.


Mangsa yang masih belajar di sebuah sekolah menengah di daerah itu terpaksa menjalani rawatan psikoterapi untuk membantunya mengatasi trauma akibat kejadian berkenaan.


Memetik laporan IDN Times, kejadian berlaku pada 23 Disember lalu. Difahamkan, laporan polis sudah dibuat, namun suspek belum disabitkan kesalahan.


Berdasarkan kronologi kes, pada hari kejadian mangsa yang berseorangan pergi ke dapur untuk mengambil air. Bagaimanapun, dia dikejutkan dengan kehadiran suspek yang berjaya masuk ke rumah melalui pintu belakang dengan merosakkan kunci pintu.


Gadis itu sempat berteriak meminta tolong, namun disebabkan hujan lebat, jiran tidak mendengar jeritannya. Mangsa juga takut untuk melawan kerana suspek mengancamnya dengan sebilah parang.





Gambar Hiasan



Selesai memuaskan nafsu, suspek meninggalkan mangsa seperti tiada apa-apa yang terjadi sebelum gadis itu berlari ke rumah neneknya yang tidak jauh dari rumahnya.


Mangsa menceritakan kejadian pahit itu kepada keluarga dan membuat laporan polis keesokkan harinya. Dua hari kemudian, suspek ditangkap untuk siasatan. Namun, suspek hanya ditahan satu hari kerana kekurangan bukti.


“Saya hairan dia dilepaskan. Tapi, siasatan masih berjalan. Pihak polis sedang mengumpul bukti untuk mendakwa pelaku,” kata bapa mangsa.


Malah, hasil pemeriksaan hospital terhadap gadis berkenaan yang seharusnya menjadi bukti kukuh juga tidak diketahui bapa mangsa.


Sementara menunggu hasil siasatan polis, keluarga mangsa turut memohon campur tangan dari Pejabat Pemerkasaan Wanita, Perlindungan Kanak-Kanak, Kawalan Penduduk dan Perancang Keluarga daerah itu bagi melancarkan proses siasatan kes. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 12:46 PM | Show all posts
goblok..boleh pulak lepas tak cukup bukti..tak boleh cek ke air mani siapa dalam vagina mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 02:08 PM | Show all posts
Mau tak trauma kalau dah macam tu.  Dibebaskan tampa bukti ke sebab lain, macam kes terdahulu dibebaskab sebab si bapak ada berhutang dengannya jadi anak gadis jadi taruhan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2022 04:10 AM | Show all posts
mgkn org itu ada kedudukan...

btw ngeri gk gambar hiasan ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.492368 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list