CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

[Kedah] Pemandu lori ditahan beli diesel tanpa permit

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP Kulim menyita lori dan menahan seorang lelaki yang mengisi diesel dalam tujuh tong dram tanpa permit sah di sebuah stesen minyak di Serdang. FOTO Ihsan KPDNHEP

Kulim: Seorang pemandu lori ditahan ketika membeli minyak diesel tanpa permit sah di sebuah stesen minyak di Serdang, dekat sini, hari ini.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kulim kira-kira jam 10.30 pagi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kulim Mohd Fazly Edros berkata, ketika serbuan lelaki terbabit sedang mengisi diesel ke dalam tujuh tong dram yang setiap satunya bermuatan 200 liter.

"Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori terbabit gagal mengemukakan permit khas iaitu surat kebenaran bertulis dikeluarkan Pengawal Bekalan KPDNHEP.

"Siasatan lanjut mendapati minyak itu dibeli untuk kegunaan jentera di kawasan pembinaan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati ketika itu lelaki terbabit sudah mengisi sejumlah 1,205 liter diesel yang bernilai RM2,590.

"Berikutan itu, kita menahan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan turut menyita lori satu tan bersama tujuh tong dram yang nilai keseluruhan dianggarkan RM12,590.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan," katanya.

Menurutnya, tindakan juga akan diambil terhadap pemilik stesen minyak terbabit kerana melanggar syarat lesen iaitu membenarkan pembeli membeli minyak dan memasukkan ke dalam selain daripada tangki kenderaan.

Untuk rekod, minyak yang sepatutnya digunakan jentera bagi kerja pembinaan ialah minyak komersial yang dibeli daripada pemborong yang sah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054527 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list