CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1905|Reply: 14

Takut Dan Tak Selesa, Scha Elinnea Perlukan Teman Untuk Tidur Setiap Malam

[Copy link]
Post time 5-1-2022 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Gara-gara menghidap penyakit skizofrenia dan insomnia teruk, pelakon Scha Ellinea berdepan masalah sukar tidur pada waktu malam.


Menurut Scha, 21, keadaan itu menjadi lebih buruk jika dia bersendirian sehingga menyebabkan dia berasa takut dan perlukan teman.




Foto: IG




"Saya memang tak boleh duduk seorang, sampaikan nak tidur pun tak boleh, timbul perasaan takut dan rasa tak selesa... pernah kejadian saya seorang diri, dalam pukul 8 pagi barulah saya dapat tidur.


"Bukan sebab takut hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja.


"Bukan itu sahaja, kalau ramai orang sangat pun saya jadi nervous! Mungkin ada yang bagi idea untuk saya cari teman hidup dengan berkahwin, tapi rasanya buat masa ini saya nak bina nama dalam industri, mahu balas jasa keluarga dulu baru kahwin," katanya kepada mStar.




  



Scha ditemui semasa sidang media program realiti terbaharu terbitan TV3, Master In The House Malaysia yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.


Pada Oktober lalu, Scha mendedahkan mendedahkan dia menghidap skizofrenia iaitu masalah kesihatan berkaitan mental dan kebimbangan melampau (anxiety).


Kata Scha, dia sudah lama mengalami masalah itu, namun keadaan menjadi semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).




  



"Sebenarnya saya dah lama menghidap anxiety, sejak sekolah menengah lagi cuma saya tak kongsi dengan orang ramai.


"aling teruk penyakit ini menyerang semasa PKP dulu, sampaikan saya masuk hospital selama dua hari. Sejak itu saya mula sedar kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dan sebab itulah saya terbuka bercerita supaya mereka yang menderita berpeluang untuk berkongsi tentang penyakit ini.


"Saya masih lagi berjumpa doktor sebulan sekali untuk pemantauan dan keadaan semakin baik. Syukur saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat... mereka ini memberikan kekuatan untuk saya melawan penyakit ini," ujarnya.




  





  



Bercakap mengenai Master In The House Malaysia, program ini akan memulakan siaran bermula Sabtu ini pukul 10 malam.


Selain Scha Elinnea, program ini turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan lapan orang ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.


Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek dan koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke skizo? Senang2 je claim skizo. Ke dia hanya dpt ubt untuk rawat anxiety dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan skizo...ini nak kena batang sebelum boleh tido....

Addiction yg positip.....


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 10:15 AM | Show all posts
eeee propa jah nyahhh padahal nak bagitahu ko perlukan jantan kan...
kalau nak kena ada orang tido sebelah baru boleh lena...
then pergi la shopee beli patung life size atau mannequinn macam dekat butik tu...

tapi kaka syorkan yang shopee life size tu la sebab yang tu boleh pilih bangsa, saiz, tinggi, panjang, warna, makhluk, spesis dan boleh tukar2 bawah dia tu nak lembik ke keras ke layut ke bentul alien vs predator dan sotong kurita...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
whoisyuhhhh??
sejenis bertatu jugak kahhh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ku pikirkan nyah mana pulak tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau tak schizo tu ape? Pnh tgk in real ke schizo pt? Retis ni smuanya bimbo trmasuk setajah semak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
shi_jewel replied at 5-1-2022 03:16 PM
Tau tak schizo tu ape? Pnh tgk in real ke schizo pt? Retis ni smuanya bimbo trmasuk setajah semak

Exactly. Schizophrenia bukan main2 dowh. Maybe dia ada simptom psikosis trus2 nak ngaku schizo, idk. Schizo is actually the worst form of mental illness whereby you can't really differentiate reality from fantasy. Normally org yg didiagnos dgn schizophrenia mmg susah nak cari yg high functioning sbb the mind will deteriorate faster as you age. Kalau pernah tgk filem A Beautiful Mind (based on true story) sudahnyer kan gone terus minda John Nash tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
FrostQueen replied at 5-1-2022 03:27 PM
Exactly. Schizophrenia bukan main2 dowh. Maybe dia ada simptom psikosis trus2 nak ngaku schizo, id ...

Dia dgn confident diagnose diri sendiri agaknya..
Maybe dia mmg ada mslh psikiatri tapi maybe yg lain. Disarankn jumpa pakar yg bertauliah.

Nasib dia tk claim yg dia ni bipolar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bimbo always be bimbo..suka2 hati dia claim dia skizo.. ..klau skizo u dh tk duduk lgi dkt condo u tu..dh kena dok hospital buat rawatan..skizo tahap serious pnya mental illness u..ckp jek la nak sugar daddy baru..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Soorry to say..
Tapi dia ini nampak mcm GR* . Idk but from the post dia upload obvious sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlukan teman tidur tp x mahu kawin.. pandai dia berkias
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:42 PM | Show all posts
muda-muda dah giler minah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 07:48 PM | Show all posts
skizo?dah boleh ambil kad OKU dek..tak fit untuk kerja dan sebagainya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bela kucing dik...cnfrm boleh tido lena sambil peluk bulus...sikit-sikit mental, skizo..tak faham..ko tahu tak apa iti skizo dik, rupa orang skizo.senang nak claim att
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.066796 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list