CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 1

[Sarawak] Update : 10 menteri, 26 menteri muda Sarawak selesai angkat sumpah

[Copy link]
Post time 4-1-2022 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 4-1-2022 03:15 PM



Menteri, menteri muda angkat sumpah petang ini

KUCHING: Majlis angkat sumpah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri-menteri muda Negeri Sarawak akan diadakan pada jam 3 petang ini.

Menurut atur cara yang sempat dilihat oleh SV, majlis itu akan diadakan   di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Watikah lantikan akan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Yang turut hadir ialah isteri beliau  Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Raghad Kurdi Taib.

GPS telah memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN dalam PRN-12 Sarawak pada 18 Dis lalu.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada malam kemenangan itu.

Sebanyak 10 orang menteri dan 26 menteri muda menganggotai kabinet baharu susulan kemenangan bergaya GPS.

Sebanyak 12 muka baharu ditampillkan sebagai barisan pelapis.

DAP hanya menang dua kerusi manakala PSB empat kerusi.

Beberapa fokus diberi keutamaan dalam agenda Sarawak menuju 2030, termasuk pembangunan bakat, alam sekitar, ekonomi baharu dan seni persembahan.


sarawakvoice.com/2022/01/04

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2022 11:16 PM | Show all posts


10 menteri, 26 menteri muda Sarawak selesai angkat sumpah

KUCHING: Seramai 10 menteri dan 26 menteri muda Kabinet Sarawak menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di DUN, malam ini.

Buat julung kalinya, istiadat tersebut berlangsung secara hibrid sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Acara rasmi bermula pada jam 8.50 malam itu menyaksikan majlis bermula dengan tiga Timbalan Ketua Menteri yang didahului oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas, diikuti Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Turut mengangkat sumpah barisan menteri penuh iaitu Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Seri Lee Kim Shin, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Julaihi Narawi dan Roland Sagah Wee Inn.

Daripada jumlah itu, 12 adalah muka baharu yang dilantik memegang jawatan menteri muda, manakala 24 lagi merupakan muka barisan kabinet sebelum ini.

Sementara 12 muka baharu menteri muda turut mengangkat sumpah ialah Datuk Juanda Jaya sebagai Menteri Muda Integriti dan Ombudsman; Jefferson Jamit Unyat sebagai Menteri Muda Undang-Undang dan Tanah Adat; Dr. Hazland Abang Hipni sebagai Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar; Ir. Aidel Lariwoo dan Datuk Majang Renggi sebagai Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan; Michael Tiang Ming Tee sebagai Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Martin Ben sebagai Menteri Muda Permodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar; Datuk Henry Harry Jinep sebagai Menteri Muda Pengangkutan; Gerald Rentap dan Ripin Lamat sebagai Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan; Mohamad Razi Sitam sebagai Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti; dan Datuk Gerawat Gala sebagai Menteri Muda Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek.

Sementera menteri-menteri muda yang lain ialah Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Dr. Jerip Susil, Datuk Liwan Lagang, Datuk Rosey Yunus, Datuk Len Talif Salleh, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr. Annuar Rapa’ee, Datuk Dr. Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Abdullah Saidol dan Datuk Sebastian Ting.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib; Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang; serta Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Manakala terdahulu, Abang Johari telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri setelah mendapat mandat sendiri pada malam 18 Disember lalu.


by Suaraswk
January 4, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038982 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list