CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 437|Reply: 0

[Sabah] Lelaki cuba bunuh diri berjaya diselamatkan

[Copy link]
Post time 4-1-2022 06:38 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba bersedia menjalankan operasi menyelamat cubaan bunuh diri lelaki berkenaan.

SANDAKAN: Seorang lelaki yang cuba membunuh diri di beranda dapur rumahnya berjaya diselamatkan isterinya dalam kejadian di bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila, di sini semalam.

Difahamkan, tindakan lelaki yang berumur lingkungan 30 tahun itu disedari isterinya sebelum panggilan kecemasan dibuat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 malam.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, terdapat seorang lelaki cuba untuk membunuh diri di beranda dapur rumahnya dan pasukan bomba terus memasuki rumah tersebut.
“Lelaki berkenaan berjaya dipujuk oleh isterinya dan terus ditarik oleh pasukan bomba untuk ditenangkan,” katanya.

Katanya, lelaki berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki kerana terpijak serpihan kaca semasa cuba bertindak membunuh diri.

“Pasukan bomba kemudiannya menyerahkan kes tersebut kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba membuat pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan tersebut selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.46 malam,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/01/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.151206 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list