![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/267751894_228264682812474_1236588077301551337_n.jpg?_nc_cat=104&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=n5eFZWm89fkAX-FVgqY&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=00_AT9aIBLy-ZcGwws37Hic-O6HWsqv6TAe9XpVE1KjBtxL9A&oe=61D83EB6)
![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/270400474_228264616145814_2004700238648693955_n.jpg?_nc_cat=105&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=jm1FZ3eqt3QAX8p5MKC&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=00_AT-LhWc7TndDE8T0W4mn69FuCcDlgl1GpOz993yxP0pqCw&oe=61D9EC8C)
COVID-19: Sarawak rekod 24 kes baharu
KUCHING: Jumlah kes harian COVID-19 yang direkodkan di Sarawak hari ini meningkat kepada 24 kes, berbanding 12 kes semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata dengan penambahan 24 kes baharu hari ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di dalam negeri setakat ini adalah 252,377.
"Sebanyak 22 baharu yang direkodkan hari ini adalah dari kategori satu (tiada gejala), sementara dua kes dilaporkan dari kategori kritikal tiga, empat dan lima (jangkitan paru-paru serta memerlukkan bantuan oksigen).
"Kuching merekodkan kes paling tinggi iaitu 10 kes diikuti Sibu (4), Miri dan Bintulu masing-masing (3) dan Lawas (2).
"Sementara Betong serta Marudi (1) kes masing-masing dan 33 daerah lain tidak merekodkan kes baharu hari ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, JPBNS berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan sebanyak 15 kompaun bagi daerah Kuching.
Kesalahan adalah berikutan kegagalan mereka mengimbas kod QR My Sejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.
Sementara itu, JPBNS melaporkan sehingga pukul 8 pagi hari ini terdapat 297 pesakit dalam pemantauan (PUS) dikuarantin di pusat-pusat kuarantin di seluruh negeri dan daripada jumlah 53 orang adalah PUS baharu.
utusanborneo.com.my/2022/01/04 |