![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/04/161214hlbb3kd1aac8zkss.jpg) Sumber: Instagram Zul Ariffin
Memuat naik sebuah video iklan memaparkan aksi romantik Zul Ariffin bersama seorang wanita menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat pelakon itu.
Menerusi video berdurasi lebih seminit itu, pelakon berkenaan dilihat mesra berpelukan, berpegangan tangan selain mendukung wanita terbabit.
Berdasarkan hasil pemerhatian awal, difahamkan Zul sedang melakonkan watak sebagai teman lelaki wanita terbabit bagi mempromosikan produk bengkung edisi istimewa pelakon itu.
Meninjau di ruangan komen, ramai peminat wanita meluahkan rasa kecewa melihat adegan manja mereka.
Namun, ada juga yang memberikan teguran aksi itu tidak manis dipertontonkan.
Kredit foto: IG
Dipercayai, pelakon wanita dalam video itu adalah pemilik produk berkenaan, Farah Nabilah Abd Aziz.
Psst! Korang ada yang kecewa tak tu? - CARI
|