CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1267|Reply: 5

'Pakcik Tu Nazak Kau Tuduh Mabuk, Cari Kakak Tu Sampai Jumpa!'

[Copy link]
Post time 4-1-2022 05:29 PM | Show all posts |Read mode







Sebuah rakaman menunjukkan pemandu lori pertengahan usia seperti mengalami kesukaran bernafas mula tular apabila Facebook Galeri Lori Bas berkongsi video itu dari  Sani Anuar.


Dalam video itu, kedengaran suara seorang wanita berulang kali mengatakan pemandu lori berkenaan dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan rempuhan pada beberapa kereta dipinggir jalan.





Tidak hanya tular di media sosial, video itu juga ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp dan ramai percaya dengan tuduhan yang dilemparkan itu.


Berang dengan fitnah perakam, rakan pemandu lori yang ditularkan itu tampil menjelaskan arwah sudah meninggal dunia akibat serangan jantung.


Barangkali, ketika video itu dirakamkan arwah dalam keadaan sakit menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan dipandunya.




Orang ramai yang sudah menonton video terbabit mulai mencari identiti perakam dan mereka menuntut permohonan maaf daripada wanita tersebut bagi membersihkan semula nama Allahyarham dan keluarganya.














Kredit foto: FB




Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 05:30 PM | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah hat depa dok kata merangkak cari aku esok. Haaa ambik seketui hang. Orang dok surih pi mintak maaf kat keluarga dia buat apa. Betina ni pi buat salah dengan si mati bukan dengan keluarga simati. Kalau kata keluarga dah maafkan pun, hang tau ka si mati tu maafkan hang ka dak? Hang buat salah dengan simati bukan orang len. Padan muka hang. Cash baq hang. Nallaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 08:56 AM | Show all posts
oh kakak bambam tu.
ada viral pic dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 09:56 AM | Show all posts
aku sedih sgt tgk video nie smlm.. moga roh pakcik nie dicucuri rahmat.. amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 11:53 AM | Show all posts
Kesiannya dalam keadaan dia sedang menahan sakit, boleh nampak jelas kot kesakitan arwah tu...sedih sgt tgok... tapi x ada pun membantu tapi kisahkan kereta2 tu je.. semoga roh pakcik dtempatkan disisi Allah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.295263 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list