CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Tempatan] 10 sungai di 5 negeri melebihi tahap bahaya

[Copy link]
Post time 4-1-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode
10 sungai di 5 negeri melebihi tahap bahaya

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... ebihi-tahap-bahaya/

Oleh FITRI HAZIM
4 Januari 2022, 10:47 am


Keadaan Sungai Melaka berhampiran Rumah Awam Pantai Peringgit mula melimpah.

PETALING JAYA – Sejumlah 10 sungai di Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka merekodkan paras air melebihi tahap bahaya ekoran hujan berterusan.

Menerusi portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), beberapa sungai turut mencatatkan peningkatan sekali gus berisiko untuk menyebabkan banjir di kawasan berkenaan.

Di Pahang, tiga sungai di Jerantut, Pekan dan Bera melepasi paras bahaya antaranya Paya Gintong di Jerantut menunjukkan sungai itu berada pada paras 45.05 m (meter) dengan trend menurun.

Selain itu, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan mencatatkan bacaan 16.23 m melebihi tahap bahaya sebanyak 1.33 m serta Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera mencatatkan bacaan 32.9 m melebihi tahap bahaya sebanyak 2.4 m.

“Di Selangor, Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam juga kembali meningkat dengan bacaan 2.79 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.49m dengan trend menaik.

“Di Johor, paras air turut meningkat melibatkan Sungai Lenik, di Ladang Chaah, Bandar Segamat selepas paras air melepasi tahap bahaya iaitu 6.66 m melebihi tahap bahaya sebanyak 0.66m dengan trend menurun.

“Sementara itu, turut melebihi paras bahaya melibatkan Sungai Segamat di Bandar Segamat dengan bacaan 9.84 m dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur dengan bacaan 4.27 m,” katanya.

Di Negeri Sembilan, hanya melibatkan satu kawasan iaitu Sungai Muar, di Pekan Rompin, Jempol merekodkan bacaan 35.19 m melebihi tahap bahaya sebanyak 2.19 m.

Dua sungai di Melaka turut berada pada tahap bahaya membabitkan Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin dengan bacaan 3.73 m dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah mencatatkan bacaan 2.8m.

Oleh itu, orang ramai terutamanya yang berhampiran di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan seramai 14,375 daripada 4,350 keluarga dipindahkan ke 201 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.30 pagi hari ini. – K!ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041689 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list