CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 0

Bunuh Bapa Sebab Adik Dapat Harta Pusaka

[Copy link]
Post time 4-1-2022 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki bunuh bapa gara-gara berang dengan pembahagian harta pusaka tanah milik keluarganya yang didakwanya tidak adil.


Dalam kejadian di daerah Godda, Jharkhand, mangsa, Chunni Yadav berusia 70 tahun maut ditikam dengan senjata tajam, lapor Indiatoday.


Suspek merupakan seorang anak sulung mangsa dikatakan kecewa dan marah kerana bapanya memberikan harta yang banyak kepada adiknya manakala suspek tidak mendapat apa-apa.




Gambar hiasan




Selepas mengetahuinya, suspek hilang kawalan sebelum mencapai senjata tajam dari dapur rumah dan mengelar leher bapanya dalam kejadian pada 31 Disember lalu.


Suspek dikenal pasti sebagai Subodh, menurut polis.


Polis menyatakan suspek kecewa selepas bapanya membahagikan sebahagian besar tanah pusaka keluarganya kepada adik dan tuntutan hak sama rata olehnya tidak diendahkan mangsa.


Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap dalam masa 24 jam selepas pembunuhan itu.


Semasa suspek dipanggil untuk dirakam keterangan, polis telah berasa ragu ke atas keterangan dan tindak tanduknya.


Malah polis juga berjaya mengesan kain berlumuran darah daripada suspek ketika disoal siasat sebelum berjaya menemui bukti penting yang boleh menyabitkannya sebagai pembunuh bapanya.


“Semasa suspek disoal siasat, dia menumpahkan kacang yang dimakan dari tangannya sejurus kain dengan kesan lumuran darah ditemui daripadanya sebelum mengaku membunuh bapa dia.


“Suspek kemudian ditahan dan dihantar ke penjara untuk proses pendakwaan di mahkamah kelak,” kata Superintendan Daerah Godda, YS Ramesh.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.062538 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list