CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 1

[Sarawak] Berang bekas kekasih curang, lelaki bakar kedai serbaneka dipenjara

[Copy link]
Post time 3-1-2022 07:35 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (tengah) diiring polis semasa berada di lobi Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Berang dengan bekas kekasih curang, seorang lelaki yang mabuk bertindak membakar harta benda sebuah kedai serbaneka di sini, mengakibatkannya dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh, Shamsuri Masranini yang berusia dalam lingkungan lewat 20an mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadapnya di hadapan Hakim Maris Agan.

Maris juga memerintahkan hukuman penjara dikuatkuasakan pada hari ini (3 Januari 2022).

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan api dengan membakar jubin lantai sebuah premis kedai serbaneka terletak di Jalan Petanak, di sini, sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM500.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 28 Disember 2021, jam lebih kurang 10.40 malam.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian setelah mabuk dan tidak berpuas hati susulan dia mengesyaki bekas kekasihnya curang.

Tertuduh juga dikatakan telah menyembur bahan cecair sebelum menyalakan api di premis tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, MD Syafique.


utusanborneo.com.my/2022/01/03
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 08:57 PM | Show all posts
Apabila amarah tidak dapat dibendung, pentingnya ada sifat kesabaran dan kewarasan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039284 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list