CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Sabah] Annuar ambil pendekatan baiki jambatan laluan utama sekolah demi keselamatan warga SK Patikang Laut

[Copy link]
Post time 3-1-2022 07:33 PM | Show all posts |Read mode


BAIKI: Kerja-kerja pembaikan jambatan kayu laluan ke SK Patikang Laut sedang giat dijalankan bagi memastikan siap sepenuhnya sebelum sesi persekolahan bermula.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman telah  mengambil tindakan pantas dengan membaiki segera jambatan kayu yang merupakan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Patikang Laut yang rosak tanpa menunggu peruntukan pembaikan bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan yang bermula minggu hadapan.

Usaha Annuar jelas membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang komited dalam memastikan keselamatan dan keselesaan murid, ibu bapa, guru serta staf SK Patikang Laut dapat melaksanakan sesi persekolahan nanti.

Kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf jambatan SK Patikang Laut telah dimulakan sejak Ahad bagi memastikan jambatan berkenaan siap sepenuhnya sebelum tarikh persekolahan sekolah iaitu sebelum 10 Januari ini.

“Kerja- kerja selenggara naik taraf jambatan SK Patikang Laut telah dimulakan pagi ini (kelmarin). Kita melaksanakan projek mendesak ini walaupun belum ada peruntukan kerana memikirkan soal kelancaran sesi persekolahan yang bakal bermula pada 10 Januari ini.

“Mohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi sepanjangan kerja-kerja penyelenggaran dijalankan. Kita akan usahakan yang terbaik untuk mempercepatkan pembinaannya,” kata Annuar.

Rata-rata penduduk setempat serta para ibubapa pelajar yang ditemui menyatakan tindakan tuntas yang diambil oleh Annuar itu sebagai langkah bijak dan terbaik yang mencerminkan kewibawaan pemimpin yang berjiwa rakyat tidak menunggu peruntukan bagi memastikan laluan jambatan itu adalah selamat dilalui dan tidak mengganggu sesi pembelajaran di sekolah berkenaan.


utusanborneo.com.my/2022/01/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.033121 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list