CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1203|Reply: 4

Teruknya Game Ini! Ini Adalah 5 Video Game Paling Teruk 2021!

[Copy link]
Post time 3-1-2022 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Video game dulu dan sekarang memang tak sama. Dulu setiap kali keluar video game baru, kita boleh kata yang video itu sudah tentu siap dan tidak mempunyai banyak isu.

Tetapi, sekarang banyak video game yang boleh dikatakan tidak cukup masak, ada banyak yang perlu diperbaiki dan ada juga perlukan perubahan yang banyak.


Ini adalah 5 video game yang paling teruk untuk tahun 2021.


  • Balan Wonderworld

Kredit foto: Nintendo Life



Balan Wonderworld ada grafik yang cantik, runut bunyi yang sedap dan karaktor nampak bergaya. Jadi, apa isu dia?


Sebenarnya, dari segi pemainan memang sakit hati, sebab kalau main game ini, tentu ada beberapa butang perlu ditekan. Tetapi, kalau butang untuk berlari dan untuk menggunakan kebolehan adalah butang sama, pasti akan timbul isu.


Tidak lupa juga penceritaan dan level reka bentuk game tersebut bosan dan amat kurang memuaskan.


Bagi peminat sukan NFL sudah tentu ramai berharap yang EA kali ini akan mengurangkan isu microtransaksi dan pelbagai kerosakkan dalam permainan tersebut.


Tetapi, nampaknya EA akan kekal menjadi EA dan mengekalkan microtransaksi yang mahal dan isu permainan yang masih lagi penuh dengan kerosakan, sekali lagi membuat peminat kecewa dan marah dengan EA yang tidak mahu mengubah francais sukan itu.



  • Battlefield 2042

kredit foto: Windows Central




Battlefield 2042 yang hanya untuk multiplayer sahaja dan tiada single player adalah satu risiko yang amat besar kerana tidak semua mahukan permainan multiplayer dan mereka lebih rela bermain secara solo seperti Bad Company 1 dan 2.


B2042 menjanjikan pelbagai perkara seperti permainan akan menjadi tumpuan utama, pelbagai mod dan kelas akan disediakan, tetapi sayangnya game ini penuh dengan isu kerosakan yang menjejaskan pemain tersebut.


Dari mula hingga akhir ianya adalah satu game yang amat kelam kabut dan salah jika ada peminat berkata, ianya sama seperti Call Of Duty (game saingan Battlefield)!




  • eFootball

Kredit foto: Somag News




Semasa pelancaran, eFootball dikritik pemain kerana kekurangan kandungan grafik "mengerikan", enjin game yang 'usang' dan kawalan untuk game bola sepak amat perlahan.


Di Steam, ianya mendapat 92% ulasan negatif, menjadikan ia permainan dengan penilaian paling teruk di Steam sehari selepas pelancarannya.


Konami kemudian meminta maaf atas banyak masalah permainan dan mengatakan mereka akan berusaha memperbaikinya.


Ia adalah permainan kadar terendah tahun 2021 untuk bahagian sukan. Ianya terlalu teruk sehingga ramai peminat mengatakan FIFA 22 jauh lagi baik dari eFootball.




  • Grand Theft Auto: The Trilogy - Definitive Edition

kredit foto: DenOfGeek




GTA adalah satu francais kesukaan ramai dari era Vice City hingga ke Los Santos. Komuniti GTA juga bukan kecil, tetapi amat besar sehinggakan ada komuniti dipanggil "Modders" yang berusaha membuat GTA satu pengalaman jauh lebih baik seperti komuniti di Skyrim dan Left 4 Dead 2.


Bagaimanapun, apabila Take-Two Interactive mahu membuat GTA dengan grafik yang baru dan menggabungkan tiga game GTA dalam satu bumbung, sudah tentu ramai yang suka. Sayangnya, ianya buruk! Luar dan dalam GTA kegemaran ramai menjadi buruk dan menyebabkan pelbagai kerosakan.


Malah, ia membuat ramai pemain mahu bermain GTA original saja. Tidak lupa juga yang Take-Two Interactive tutup komuniti "Modders" dengan DMCA kerana mereka tidak mahu ada mod dalam game tersebut.



Ada game yang lebih teruk dari lima yang disebutkan? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 09:01 PM | Show all posts
Hahaha, info yang sangat bermanfaat, terutama GTA trilogi, memang hampeh betul, nasib x beli
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:04 AM | Show all posts
dh lama xdpt main game..bosannye hidup aku...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 01:37 PM | Show all posts
Busy tak ada masa nak layan semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:54 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 4-1-2022 01:37 PM
Busy tak ada masa nak layan semua tu

kalau sempat pun layan singleplayer je,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.124547 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list