CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Pulau Pinang] CNN pilih Pulau Pinang destinasi terbaik melancong

[Copy link]
Post time 3-1-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
CNN pilih Pulau Pinang destinasi terbaik melancong
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 03 Januari 2022


Pulau Pinang terpilih sebagai salah satu daripada 22 destinasi terbaik untuk melancong pada 2022 oleh CNN Travel, di samping lokasi popular lain dunia antaranya Finland; Jordan, Chile dan Perancis.


GEORGETOWN - Pulau Pinang sekali lagi terpilih sebagai salah satu daripada 22 destinasi terbaik untuk melancong pada 2022 oleh CNN Travel di samping lokasi popular lain dunia antaranya Finland, Jordan, Chile dan Perancis.


Menerusi artikel oleh CNN Travel, Pulau Pinang adalah satu-satunya wakil dari negara ASEAN yang dipilih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.


Memetik artikel CNN Travel itu, Pulau Pinang yang terletak berhampiran Laut Andaman itu menawarkan gabungan masakan tradisional Melayu, Cina dan India.


"Selain masakan popular, Pulau Pinang juga terdapat masakan Baba Nyonya (Peranakan) yang mana ia menggabungkan ramuan serantau dan kaedah masakan masyarakat Cina dan Melayu. Semua makanan ini boleh diperoleh di pusat penjaja dan rumah kedai di seluruh Pulau Pinang.


"Selain itu, di Georgetown juga dipenuhi dengan bangunan bersejarah seperti rumah agam Inggeris dan rumah kedai kaum Cina yang klasik dan masjid yang cantik untuk masyarakat Islam," kata artikel itu lagi.


Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow melalui Facebook beliau pada Isnin memaklumkan pengiktirafan itu menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang.


Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang dipilih untuk berada dalam senarai 22 destinasi terbaik pelancongan tahun ini kerana pelbagai budaya dan adat, makanan, warisan dan elemen penting lain dapat menarik pelancong.


"Warga Pulau Pinang atau juga dikenali sebagai Pulau Mutiara berbangga kerana berjaya ke platform dunia," katanya.


Katanya lagi, Pulau Pinang merupakan antara destinasi yang menarik perhatian ramai pihak untuk menyelami budaya serta kehidupan masyarakatnya.


Sebelum ini, Pulau Pinang dinamakan sebagai salah satu daripada '15 pulau terbaik di dunia untuk bersara' oleh sebuah laman web yang merangkumi peluang persaraan untuk peringkat antarabangsa, International Living,


Pulau Pinang menduduki tempat ketiga selepas Malta dan Mallorca di Sepanyol sebagai pulau terbaik di dunia untuk bersara.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-terbaik-melancong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.255856 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list