CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 12

Dulu RM5 Je Sekilo- Harga Ikan Melambung Naik Tiga Kali Ganda Di Kedah

[Copy link]
Post time 3-1-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu menyebabkan harga ikan di negeri ini melambung hampir tiga kali ganda sejak dua minggu lalu.


Ikan temenung atau ikan kembung yang menjadi antara menu harian penduduk didapati dijual antara RM13 hingga RM17 sekilogram berbanding hanya RM5 sekilogram awal bulan lalu.


Peniaga ikan, Khairul Nizam Othman, 42, berkata bekalan ikan yang berkurangan menyebabkan peniaga di Pasar Besar Alor Setar terpaksa mengurangkan jumlah tempahan ikan hampir 70 peratus.




Foto: Harian Metro




"Dahulu saya dapat jual ikan temenung kira-kira 500 kilogram (kg) sehari, tetapi sejak dua minggu lalu, saya hanya jual antara 100 hingga 200 kg sahaja sehari.


"Bekalan ikan yang diterima berubah harga setiap hari, sebelum ini saya pernah jual sehingga RM17 sekilogram, tetapi kelmarin turun RM15, semalam RM14 dan hari ini pula RM13. Walaupun saya jual pada harga RM17, namun saya hanya untung tipis, sama seperti hari ini.


"Ramai pelanggan merungut, namun mereka tetap beli, cuma kuantitinya sedikit berbanding kebiasaan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Khairul Nizam menyifatkan bekalan ikan pada musim tengkujuh kali ini adalah yang paling rendah sejak mula berniaga di pasar itu 18 tahun lalu.


Bagi pelanggan, Rokiah Kulup, 67, berkata dia hanya membeli ikan cukup untuk makan sehari berikutan kenaikan harga ikan yang tidak menentu.


"Dengan harga ikan sekarang saya tak mampu beli banyak, kadang-kadang beli tiga empat ekor saja tidak sampai setengah kilogram cukuplah untuk makan saya dan seorang anak yang duduk bersama di rumah.


"Saya juga tidak beli ikan untuk disimpan lama di dalam peti ais, sekiranya harga terus meningkat mungkin saya akan selang-seli beli ikan yang diternak seperti keli atau talapia kerana harganya masih rendah," kata ibu tunggal berkenaan.


Sementara itu, nelayan di Tanjung Dawai, Adam Hussin, 38, berkata dia hanya dapat keluar menangkap ikan di laut dua kali dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini berikutan keadaan cuaca tidak elok ketika ini.


Katanya, walaupun harga hasil laut sedang tinggi ketika ini, namun dia perlu memikirkan keselamatan diri berikutan mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.


"Jika tidak silap saya harga udang gred A kini mencecah RM65 sekilogram berbanding hanya RM50 sekilogram sebelum ini, tapi apakan daya ramai nelayan pantai sekarang tidak dapat keluar ke laut.


"Saya kini terpaksa berhutang untuk kelangsungan hidup bagi menyara isteri dan tiga anak yang masih kecil, keadaan cuaca ketika ini memang tidak mengizinkan. Jika saya turun pun mungkin hanya separuh jalan dan membazir duit mengisi petrol," katanya yang lebih 10 tahun menjadi nelayan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ikan kembung mahal sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua barang mahal rege ayam pon x leh nk control..x yah nk tunggu laut bergelora..ntah ape yg dipantau pon x tau..telur pon mhl..aku pikir org yg ranai ank, yg terkesan dr  bala pkp tambah dgn banjir lagi..ish sakit kepala bila mikirkn ..hrp yg terkesan terus kuat utk teruskn hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by glump at 3-1-2022 08:14 PM

Dah lama Kat ikan kembung Kat sini. harga $15-17 sekilo..ikan tongkol pun $12/kg ..so nanti nak CNY lagi meningkat harga udang or seafood..murah lagi makan ikan Solomon frozen tu .kawan I dah beli Solomon  utk stock CNY.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 04:02 PM | Show all posts
berita biasa bila tiba musim tengkujuh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku bagi kucing aku ikan cencaru 1kg rm4
Beli 3kg ngam 1mggu
Utk 4 ekor bulus
Tk beli kembong mahal skg ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini biasa... memang ada musim dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam selalu terjadi kalau musim tengkujuh, nak nak menghampiri CNY. Seafood rata rata naik harga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sini mmg rege belas2 hinggit tuk 1kg ikan termenung tu..jd bl org sana br start bising.. sini lg la ganda nye
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerkitkat at 3-1-2022 08:34 PM

Tunggula banjir masuk living room...nanti macam macam.ikan naik sekali...jala aja la.....
[youtube]J7spS93kZ4I[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 3-1-2022 05:45 PM
Semua barang mahal rege ayam pon x leh nk control..x yah nk tunggu laut bergelora..ntah ape yg dipan ...

Tgk berita menteri gomen sume bg jawapan bodoh..konon sebab faktor cuaca..

Masalahnya tiap2 tahun Pon isu sama..ko xreti buat planning ke nk atasi masalah ni?apa guna ada bajet apa guna ada kementerian pertanian?tidur ke sume xreti nk rangka kerja...

Kalau masalah ni baru lg kaka blh paham laaa..ni dh lama..yang kelakar pasal sawit YB Hulu langat beriya bermusafir sampai turki pastu ke Iran bagai.

Isu kekurangan barangan Dan makanan harian ni xde plak ko nk pergi deal dgn negara pengeluar...

Ckp jela Itu hari ko g jalan..simple
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 3-1-2022 05:59 PM
Dah lama Kat ikan kembung Kat sini. harga $15-17 sekilo..ikan tongkol pun $12/kg ..so nanti nak CNY  ...

Ikan salmon ke maksud ko?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
17 hengget?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048528 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list