CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1371|Reply: 8

10 Orang Terkaya Dunia Kini Bertambah Kaya! Nilai Kekayaan Meningkat Lebih RM1.67 Trilion

[Copy link]
Post time 3-1-2022 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Apabila bergelar seorang jutawan nasib mungkin sering menyebelahi anda apabila masih mampu mendapat penyata bank 10 angka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dalam keadaan dunia berdepan pelbagai isu.


10 individu terkaya di dunia telah menambah AS$402 bilion (RM1.67 trilion) dalam kekayaan sedia ada mereka pada tahun 2021.


Paling mendapat keuntungan besar ialah Elon Musk, yang memulakan tahun 2021 dengan untung bersih AS$156 bilion (RM650.67 bilion) dan mengakhirinya dengan dengan nilai AS$277 bilion (RM1.15 trilion), menurut Indeks Billionaires Bloomberg.




Elon Musk, Foto: Getty Images




Pengasas Tesla itu berkata dia merancang untuk membayar cukai lebih dari A$11 bilion (RM45.88 bilion).


Walaupun keuntungan AS$121 bilion (RM504.69 bilion) Musk adalah lebih kecil berbanding AS$140 bilion (RM583.94 bilion) yang diperolehnya pada 2020, tetapi ia lebih daripada cukup untuk menjadikannya orang terkaya dalam jangka masa panjang.


Dia telah menghabiskan sebahagian daripada kekayaan itu untuk hobi dan minatnya terhadap roket. SpaceX, syarikat roket persendirian yang diasaskannya pada 2002, telah melancarkan lebih dari 1,600 satelit, termasuk pelancaran pada 18 Disember baru-baru ini.


Pesaing terdekat, juga rakan pembina roket, Jeff Bezos memasuki tahun 2022 dengan nilai kekayaan AS$190 bilion (RM792.49 bilion).


Lelaki berusia 57 tahun itu, yang melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Amazon pada Julai, kini menghabiskan sebahagian besar masa lapangnya bercuti dengan teman wanita Lauren Sánchez. Pasangan itu telah dilihat di atas kapal layar di St. Barts semasa Krismas.


Pengasas Facebook Mark Zuckerberg menambah hampir AS$25 bilion (RM104.27 bilion) kepada kekayaannya tahun 2020. Pendapatan keseluruhannya dianggarkan bernilai AS$128 bilion (RM533.88 bilion), menurut Bloomberg.


Zuckerberg, yang menukar nama syarikat induk Facebook kepada Meta, mengalami tahun bergolak pada 2021 dengan pemberi maklumat Frances Haugen menuduhnya 'mementingkan keuntungan berbanding manusia' dan dia kemudian menimbulkan kemarahan penduduk di Hawaii selepas menambah 110 ekar lagi saiz ladang kontroversinya seluas 1,500 ekar di Kauai.


Pengasas Microsoft Bill Gates memulakan tahun baharu dengan AS$139 bilion (RM579.76 bilion). Dia memulakan tahun 2021 dengan nilai AS$132 bilion (RM550.57 bilion). Bekas isterinya, Melinda French Gates yang menamatkan perkahwinannya selama 27 tahun dengan Bill pada Ogos dilaporkan mempunyai nilai bersih AS$11.4 bilion (RM47.54 bilion).


Pengasas bersama Google Larry Page menambah AS$47 bilion (RM196.03 bilion) kepada AS$83 bilion (RM346.19 bilion) yang dia perolehi tahun 2021. Rakan pengasas bersama Google Sergey Brin turut menikmati keuntungan ini dengan jumlah kekayaan AS$125 bilion (RM521.37 bilion), hasil keuntungan tahun 2021 sebanyak AS$45 bilion (RM187.69 bilion).


Walaupun 2021 menjadi tahun yang baik untuk ahli perniagaan Amerika Syarikat, keuntungan diperolehi tokoh barangan mewah Perancis Bernard Arnault juga melonjak kepada AS$176 bilion (RM734.09 bilion) selepas mengaut keuntungan lebih AS$61 bilion (RM254.43bil). Dia menjadi satu-satunya jutawan di luar AS yang menduduki senarai 10 teratas Bloomberg 2021 dari segi jumlah kekayaan.


Kesemua 10 individu ini mempunyai kekayaan bernilai lebih dari AS$100 bilion (RM417.10bil). -New York Daily News/Tribune News Service. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Kaya Masa Hadapan.....pembuat penyakit & vaksin nya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 11:47 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
80 percent of kekayaan dunia dibolot oleh x sampai 10 peratus manusia dan kroni.. ada yg mmg keje keras nak dpt duit tapi x kurang yg zalim..menindas dan sewaktu dgn nya..ada yg dpt easy money .....konsep pareto chart ...kita2 ni mmg dpt abu2 je...tapi xpelah...yg penting ckp mkn pakai .x meminta2 pd org dan x juga menganiaya dan menzalimi org...hrp hidup tenang2 saja sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Elon musk tu rennovate muka ke?

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 07:14 AM | Show all posts
Pergh....kebanyakkan produk mereka selurh dunia guna...tiada persaingan sengit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2022 07:26 AM | Show all posts
jas7512 replied at 4-1-2022 12:09 AM
80 percent of kekayaan dunia dibolot oleh x sampai 10 peratus manusia dan kroni.. ada yg mmg keje ke ...

hidup biasa2 pun dah ok. tak serabut dan kurang pertanyaan di akhirat tentang harta kita
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 08:05 AM | Show all posts
venomie1 replied at 4-1-2022 07:26 AM
hidup biasa2 pun dah ok. tak serabut dan kurang pertanyaan di akhirat tentang harta kita

buat auto zakatlah 2.5%
takyah fikir2
jika kat MSia ramailah relax tak krja terima duit zakat je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 08:16 AM | Show all posts
jadi??? bukan itu pengukur kebahagiaan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.404723 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list