CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 4

Rasai Gerakan Bayi Disangka Hamil, Wanita Luluh Rupanya Perut Bukan Berisi Janin

[Copy link]
Post time 3-1-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode




Sumber: TikTok Bagusdonny




Apabila terdapat tanda-tanda kehamilan seperti kelewatan haid atau loya, ramai wanita akan segera mengambil ujian kehamilan untuk mengesahkan keputusan yang positif.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa tanda 2 baris yang muncul pada pakej ujian kadangkala boleh salah. Justeru, lebih baik golongan isteri datang ke pusat rawatan untuk mendapatkan pengesahan doktor bagi mengelak kejadian berikut.


“Waktu buat USG kenapa saya rasa macam pelik ya? Kelibat janin pun takde.”




Gambar Hiasan




Menerusi penceritaan semula di TikTok bagusdonny, doktor itu dikunjungi oleh seorang ibu yang sarat hamil 7 bulan yang bercadang untuk mengimbas janinnya.


Walaupun wanita itu sentiasa percaya bahawa ada pergerakan “janin” dalam kandungannya, doktor berkenaan mula berasa pelik kerana dia langsung tidak melihat bayi itu semasa imbasan ultrasound.


Siapa sangka rupanya ada berita sedih yang terpaksa beliau maklumkan kepada wanita tersebut semasa hampir semua kelengkapan barangan bayi telah siap dibeli.






Keadaan ini berlaku pada ibu-ibu yang banyak kali mengalami keguguran dan mempunyai keinginan untuk hamil yang tinggi.



Sumber: Google Photo





Si ibu rupa-rupanya mengalami komplikasi kehamilan palsu atau dalam istilah perubatan disebut sebagai Pseudocyesis. Salah satu punca yang mendorong kepada masalah ini berlaku adalah trauma keguguran yang berlaku berkali-kali dan rasa ingin hamil yang keterlaluan.




Otak si ibu pula akan mengeluarkan sejenis kelenjar sekali gus membuatkan sistem badan seseorang wanita itu merasai gejala kehamilan.


Ini termasuklah sampai ke tahap yang membolehkan mereka menghasilkan susu badan.










Selain yang dinyatakan dalam video di atas, portal alodokter juga mengingatkan anda harus berwaspada dengan gejala seperti nafsu makan meningkat, pertambahan berat badan, kekejangan kaki serta rasa perit di bahagian pinggang.


Pahit untuk diterima kerana nampak seperti tidak masuk akal, namun rawatan berbentuk kaunseling bersama pakar psikologi boleh dijadualkan agar golongan ini tidak terus mengalami depresi teruk akibat mahu mengandung. -CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 03:39 PM | Show all posts
Habes tu perut dia yang semakin membesar tu apa plak alasan..lemak? angin?                                                  
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 04:00 PM | Show all posts
kan boleh jmp doktor untuk pemeriksaan dan scan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tomiko_haza replied at 3-1-2022 03:39 PM
Habes tu perut dia yang semakin membesar tu apa plak alasan..lemak? angin?                           ...

Busong lah kot
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dulu2 kalau baca mastika dia cakap janin kena curi nenek kebayan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.115659 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list