Pelakon Nookhiriah meluahkan rasa kecewa terhadap penerbit yang menawarkan pelakon gandingan 'ala kadar' untuk digandingkan bersamanya dalam sebuah projek.
Menerusi posting yang kini sudah dipadam di Instagram, Noorkhiriah memberitahu bahawa dia memerlukan pasukan dan lebih-lebih lagi sparring partner yang bagus untuk membantu antara satu sama lain.
Kredit foto: Harian Metro/IG Khiriah
Dia juga akui tidak memerlukan pelakon terkenal, tetapi lakonannya harus ‘ada jiwa dan rasa’.
Dalam masa sama, dia turut menitipkan pesanan buat produser terbabit agar tidak mementingkan keuntungan semata-mata.
Walau bagaimanapun, pelakon drama siri Nur ini menjelaskan bahawa bukan semua produser bersikap sedemikian dan mengakui dirinya tidak mengambil sikap ‘bermain-main’ apabila melibatkan urusan kerjanya.
Kredit foto: IG Khiriah/Murai
Di akhir luahannya, Noorkhiriah memberitahu bahawa sparring partner itu sangat penting dan leading hanyalah untuk menggerakkan cerita.
Tambahnya lagi, berjayanya sesebuah karya bukan kerana seorang pelakon, tetapi kerana semua pihak yang terlibat dalam pasukan.
Sumber: Murai |