CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

Iwan Tak Akan Sesekali Menyanyi Lagu Cinta Yang Melalaikan Lagi

[Copy link]
Post time 3-1-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Sejak berhijrah, fokus bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman, 60, lebih tertumpu kepada aktiviti keagamaan dan penyebaran dakwah lebih sedekad lalu.


Jika ada kelibatnya membuat persembahan di kaca televisyen, kebiasaannya hanya membabitkan lagu bercorak ketuhanan yang menjadi pilihannya.


Penampilannya juga cukup berbeza dengan apa yang pernah dilihat pada zaman kegemilangannya.




Foto: Berita Harian




Membuang jauh imej glamor, tetapi penyanyi jolokan Raja Dangdut kini selesa mengenakan jubah dan kopiah.


Bagaimanapun, terbit pertanyaan adakah Iwan mahu kembali ke dunia nyanyian apabila penyanyi kelahiran Kisaran, Sumatera Utara, Indonesia itu diumumkan sebagai finalis program realiti, Hijrahkan Laguku terbitan TV Alhijrah.


Seakan mengerti persoalan yang bermain di fikiran, penyanyi yang popular menerusi lagu Fantasia Musim Cinta dan Yang Sedang Sedang Saja menepis dakwaan itu.


"Kemunculan saya bukan mahu mengejar glamor atau memberi petanda mahu aktif semula.


"Saya masih menyanyi, tetapi lagu yang dinyanyikan hanya berkonsepkan kerohanian, bukan lagi lagu cinta yang melalaikan.


"Malah, saya tidak akan melakukannya jika disuruh menyanyikan semula lagu-lagu cinta lama. Cukuplah setakat itu sahaja.


Sejujurnya, saya menyesal mencipta lagu yang melalaikan.




Foto: Berita Harian




"Kita lahir ke dunia untuk menceritakan kebesaran Allah SWT, bukannya mengagungkan dan memuja sesama manusia," katanya kepada BH Online.


Iwan atau nama sebenarnya, Wan Syahman Wan Yunus berkata, dia banyak mengubah lagu popular nyanyian kepada lirik bersesuaian berunsur ketuhanan yang semakin dekat dalam hati.


"Banyak lagu popular saya ditukar lirik menjadi lagu dakwah. Antaranya, lagu Fantasia Musim Cinta yang diubah menjadi Asmaul Husna dan Wulan ditukar kepada Tuhan.


"Saya sudah merakamkan tujuh album kerohanian sejak berhijrah. Antara lagu mendapat perhatian adalah RASA iaitu Rindu Allah Sayang Allah," ceritanya.


Umum mengetahui, Iwan adalah bapa kepada pelakon adik beradik Oktovia Manrose dan Aprena Manrose.


Walaupun sudah lama meninggalkan dunia seni dan mempunyai pandangan sendiri mengenai dunia yang pernah mempopularkan namanya, namun, Iwan bersikap terbuka dengan pilihan dan kehidupan dua anaknya itu.


"Saya tak pernah memaksa Oktovia dan Aprena berhijab. Malah, saya hanya memberi nasihat supaya sentiasa berubah ke arah kebaikan.


"Setiap kali bertemu, saya akan tarbiah. Apa yang dilakukan hari ini adalah rezeki. Namun, mereka harus ingat bahawa rezeki jangan dibiar berterusan kerana mereka kena berubah.


"Selain menyampaikan tarbiah, saya juga menghadiahkan mereka buku yang mengandungi hadis Rasulullah SAW. Justeru, saya bersyukur apabila mereka memaklumkan kini sudah berhijab.


"Sebagai bapa, saya hanya mampu berusaha dan berdoa, selebihnya urusan Allah. Doa saya semoga mereka istiqamah dalam berhijab," ujarnya dalam nada sebak.


Mengulas kehidupannya, Iwan berkata, dia bahagia melayari perkahwinan ketiga bersama Evie Surriyanti sejak 12 tahun lalu.


Hasil perkongsian hidup bersama wanita yang berasal dari Permatang Siantar, Medan, Indonesia, pasangan itu dikurniakan dengan enam cahaya mata.


"Alhamdulillah, saya bahagia dengan isteri dan enam cahaya mata. Saya memang mahukan ramai anak.


"Walaupun rumah macam kapal pecah dan bising dengan jeritan dan tangisan, tetapi kami tetap gembira," cerita Iwan.


Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.


Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.186794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list