CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1364|Reply: 6

Peria Jadi Snek Wajib Bayi 10 Bulan, Melalak Kalau Tak Dapat!

[Copy link]
Post time 3-1-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Bukan tugas mudah, malah memperkenalkan sayur-sayuran kepada kanak-kanak adalah sesuatu yang sangat mencabar! Apatah lagi bila melibatkan sayuran yang rasanya kelat atau pahit.




Kredit foto: TikTok




Namun, baru-baru ini tular video kanak-kanak berusia 10 bulan sedang mengunyah seketul peria mentah dengan penuh kenikmatan.


Video yang dikongsikan ibu kanak-kanak berkenaan menimbulkan rasa kagum netizen yang dalam masa sama terhibur melihat gelagat bersahaja dirinya mengunyah sayur itu.







Bercakap kepada mStar, ibunya, Nadhirah Mat Napis, 28, berkata, anak sulungnya itu, Naaz Afeeda Muhammad Azrol mula diperkenalkan dengan sayur sayuran termasuk peria sejak berusia sembilan bulan.


"Masa tu saya pergi rumah abang, yang ada cuma peria jadi saya cuba bagi, dia suka lepas tu menangis nak lagi.


"Sebelum ni saya cuma bagi timun, carrot atau tomato je, sayur lain belum bagi lagi," katanya yang bekerja sebagai seorang penganalisa kanan kewangan.







Mengakui dirinya dengan suami bukanlah peminat peria, Nadhirah berkata, sayur tersebut kini bagaimanapun merupakan antara sayur wajib ada di rumah mereka.


"Saya dengan suami memang tak makan, kami beli untuk dia je, bagi dia makan sebagai snek sebab makanan harian tetap bubur nasi atau nestum.


"Suami memang pernah cuba rasa peria tu sebab nampak sedap je dia makan, tapi makan hujung-hujung pun rasa pahit.


"Kami memang kesian tengok dia makan pahit, tapi bila ambil dari tangan dia menangis pula," katanya.







Menurut Nadhirah, anak perempuannya itu bagaimanapun tidak gemar dengan sayur-sayuran yang rasanya tawar seperti kobis.


"Saya tak paksa dia makan, saya cuba bagi dia sayur-sayur berbeza untuk dia rasa.


"Memang tak sangka pula peria yang dia suka, Alhamdullilah penggemar sayur rupa-rupanya.







"Tapi kalau sayur yang tawar saya pernah bagi kobis, dia tak nak mungkin sebab tak ada rasa," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka baby umur macam ni. Bagi dia cuba makan macam-macam.  Seronok tengok baby makan.

Tapi dah besar kalau one of the parent or both parent tak makan certain makanan contoh sayur, ada possibility budak tu pon tak makan juga rasanya. Contoh macam anak aku la. Aku suka gila sayur. Kadang penuh pinggan dengan sayur dua tiga jenis. Laki aku pulak tak berapa suka. Pastu dia expect anak dia pon macam dia. Dah anak aku pon ngikut ler.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 01:39 PM | Show all posts
Nin baru rare tak ramai budak suka makan benda tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 02:25 PM | Show all posts
i kalau makan peria je akan pedih hulu hati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti taste bud pahit tu xbyk. And taste bud manis tu byk kan? Untung la kurang risiko kencing manis. Agknya dah besar nanti mesti x suka benda2 manis
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm anak buah i, segala jenis sayur n ulam makan. Sumo baru 1 tahun lebih. Makan petai, buah perah tu slambe je. Tolak kayu n batu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2022 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms kecik ni mmg senang jg bg pe pun dia org makan..cer beso skt..abis di kuis2,di asing2 nye sayur .kecik je aku nampak..mendidih darah otak aku..pdhal ms kecik elok je mkn sayur..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.053746 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list