Seorang lelaki mencurah petrol dan membakar dirinya sebagai protes terhadap mandat pemberian vaksin di Melbourne.
Dalam kejadian pada malam tahun baru itu, lelaki terbabit melakukan aksi bahaya berkenaan di dalam sebuah kereta jenis ‘hatchback’ berwarna perak.
Kredit foto: The Herald Sun
Metro UK melaporkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang (waktu tempatan) berhampiran sebuah jalan di pinggir bandar Richmond itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbakar sepenuhnya.
Saksi memaklumkan bahawa anggota polis dan bomba berjaya memadamkan api sebelum menahan lelaki itu dan membawanya ke hospital dengan ambulans akibat kecederaan parah.
“Lelaki itu mencurah minyak petrol ke atas badannya dan pada kereta.
“Dia kemudian menjerit berkenaan mandat vaksin, tiada sijil vaksinasi dan melempar buku,” kata seorang pengunjung restoran, Lydia O’Connor yang dipetik Kosmo!. – CARI |