CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5390|Reply: 41

Jejaka pemalu tiba-tiba viral selepas wajah dikatakan mirip Tengku Hassanal, sepupu dah lama perasan ada ‘wow factor’!

  [Copy link]
Post time 2-1-2022 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Jejaka pemalu tiba-tiba viral selepas wajah dikatakan mirip Tengku Hassanal, sepupu dah lama perasan ada ‘wow factor’!

Ahad, 02 Januari 2022 11:00 AM

Oleh: MOHD IZZAT MOHD KHALIZAN

SAMA tapi tak serupa.

Mungkin begitulah gambarannya mengenai seorang jejaka yang dikatakan memiliki wajah iras Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Video memaparkan wajah Syed Faris Syed Abdul Rahman, 20, turut meraih hampir setengah juta tontonan apabila ia tular di media sosial.

Menurut pemilik video, Syarifah Khyra Muhsin, 30, remaja tersebut merupakan sepupunya yang menetap di Terengganu.

"Faris merupakan sepupu saya. Dia seorang yang sangat pemalu. Tapi saya selalu usik dan kacau dia sejak kecil lagi. Setiap kali jumpa, saya akan mengusik.

"Dia memang ada rupa sejak kecil lagi. Rasanya, dia paling 'elok' dalam adik beradiknya. Tapi yang lain pun cantik-cantik belaka.

"Ramai yang cakap dia serupa Tengku Hassanal. Pada saya, dia bukanlah 100 peratus sama. Cuma ada sikit-sikit bila sekali pandang," ujar wanita itu.

Mesra disapa Khyra, dia tidak menyangka video wajah remaja itu akan meraih perhatian ramai selepas dikongsi ke laman TikTok miliknya.

Selain dihujani lebih 1,000 komen, ada sebilangan netizen turut meluahkan hasrat untuk mengenali remaja berkenaan.

"Video itu saya rakam ketika kakak Faris bertunang minggu lepas. Ketika itu, saya juga sempat ajak dia bergambar. Tak sangka video itu viral.

"Ramai yang tegur mengenai lesung pipit Faris. Ada juga yang bertanya sekiranya dia dah berpunya, ada yang minta akaun Instagram Faris.

"Ada macam-macam komen yang berbeza pendapat. Ada kata wajah dia sama dengan Tengku Hassanal, ada yang kata tak sama. Saya anggap semua komen sekadar gurauan semata-mata," ujarnya.

Menurut Khyra yang juga seorang usahawan, dia pernah berseloroh untuk mengetengahkan wajah remaja tersebut bagi tujuan promosi dan pengiklanan produk kecantikan miliknya.

"Bila dia dah besar, dengan ada beard, nampak lagi kacak. Dia sekarang masih belajar di Politeknik di Dungun, Terengganu. Tapi saya selalu bergurau nak ambil dia jadi model produk.

"Saya ajak, tapi dia malu-malu. Saya rasa dia ada wow factor. Saya pun pernah suarakan pada mak Faris. Mak dia OK saja, cuma Faris malu-malu.

"Saya kata kat dia, ini belum buat makeover. Kalau dah buat makeover, mesti dia nampak lagi segak. Kemudian dia gelak-gelak saja.

"Dia punya tahap malu, kadang-kadang dia akan pakai face mask sejak awal majlis sampai habis majlis. Sedangkan yang ada kebanyakannya keluarga kami saja. Bila bercakap pun dia tunduk-tunduk walaupun dengan sepupu," ujar Khyra lagi.

Mengenai dirinya, Khyra yang juga ibu kepada tiga cahaya mata sudah sembilan tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Dengan kira-kira 3,000 pengedar, produk keluaran Khyra bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, malah turut dijual di Singapura dan Brunei.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2022 01:28 PM | Show all posts

Wajah Syed Faris Syed Abdul Rahman menjadi perhatian ramai selepas videonya dikongsi ke aplikasi TikTok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 01:29 PM | Show all posts

Khyra bergambar kenang-kenangan dengan sepupunya, Faris.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 01:29 PM | Show all posts

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Foto: BERNAMA.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 01:30 PM | Show all posts

Khyra sudah sembilan tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2022 01:30 PM | Show all posts
[ig]https://www.instagram.com/p/CYNiOFHhMpV/[/ig]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2022 02:43 PM | Show all posts
hahahah xsama pun

kalau sudah bergetar ajaklahkawin
sepupu mupu boleh kawin maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sama. seriras sipi pun takda.Cuba cari lagi kak yang seiras.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betik???aq nmpk cam sepupu tu nak wat free marketing je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa bekas suami oks adalah.....
Versi kurus
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2022 06:52 PM | Show all posts
nampak mcm ada ciri ciri kekelantananism pada sepupu ko
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 11:08 AM | Show all posts
aku nampak cam iqbal je..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mata aku ke kero nampak x sama
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay. Nasib ramai cakap tak sama sebab iols tengok pun takde iras langsung!
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 08:47 AM | Show all posts
234126 replied at 2-1-2022 03:07 PM
Tak sama. seriras sipi pun takda.Cuba cari lagi kak yang seiras.

aku pun tgk takde sama. dari segi mana? pakaian ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 08:55 AM | Show all posts
celah mana yg sama? aku kena tambah power spek lagi ke ni??

click-bait betul la!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 10:03 AM | Show all posts
ceh...xsama pun...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 10:07 AM | Show all posts
sama apooonyaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 01:35 PM | Show all posts
Tang mana samanya pun entah sebab tak sama pun bentuk mukanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 05:20 PM | Show all posts
tak sama pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.500516 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list