CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 0

[Johor] Banjir: Lebih 4,000 anggota polis sedia hadapi kemungkinan banjir di Johor

[Copy link]
Post time 31-12-2021 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Sejumlah 4,309 pegawai dan anggota polis Johor berada dalam mod siap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri itu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. - Gambar fail BERNAMA


JOHOR BAHRU: Sejumlah 4,309 pegawai dan anggota polis Johor berada dalam mod siap siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri itu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, jumlah itu melibatkan 415 pegawai dan 3,894 anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negeri.


"Sebanyak 25 lokasi titik panas dikenal pasti berkemungkinan berlaku banjir di seluruh Johor yang mana daerah Johor Bahru, Muar dan Kota Tinggi mempunyai jumlah lokasi tertinggi iaitu empat lokasi masing-masing. Selain itu, kita juga menyediakan pelbagai aset antaranya 30 bot, 63 pacuan empat roda, 43 set generator, 32 van dan 10 khemah.

"Semua ini bagi memastikan kelancaran sebarang operasi yang dijalankan, kami akan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain termasuk bomba, Rela (Jabatan Sukarelawan Rakyat) dan lain-lain," katanya pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di IPK Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri beliau yang juga Pengerusi Perkep Johor, SAC Datin Zalena Mohd Ariffin.

Mengulas mengenai program Santai Cycle Perkep Johor hari ini, Ayob Khan berkata, lebih 300 anggota polis, isteri dan masyarakat awam turut menyertai program yang bukan sahaja merapatkan hubungan antara warga polis dan masyarakat awam, tetapi menjadi platform untuk mengutip dana dengan sebahagiannya akan digunakan untuk menyantuni mangsa banjir di negeri-negeri terlibat.

Katanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada Perkep Johor selain Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan kesemua agensi berkaitan dan pejabat daerah di negeri ini diarahkan untuk siap siaga serta bertindak pantas dalam usaha penambatan banjir susulan laporan ramalan awal banjir yang dijangka berlaku hari ini.

Berdasarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) yang dikeluarkan pada 11 malam Khamis, beberapa daerah di negeri ini dijangka berlaku banjir petang ini susulan amaran hujan berterusan.

Tinjauan Bernama di dua lokasi sekitar bandar raya pagi ini, mendapati beberapa kawasan kampung berdekatan Sungai Skudai dan Sungai Tiram, masih belum dinaiki air dengan hujan sudahpun berhenti di beberapa kawasan. - BERNAMA

Bernama
Disember 31, 2021 14:07 MYT





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.080209 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list