View: 1188|Reply: 7
|
Perancis Sekat Laman Web Lucah
[Copy link]
|
|
Paris – Individu berusia bawah 18 tahun di Perancis akan disekat daripada mengakses laman web lucah, bermula semalam, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Selain itu, individu berusia di atas 18 tahun pula perlu membuktikan umur mereka sebelum boleh melayari laman web tersebut.
Di bawah sekatan tersebut, lima daripada laman web pornografi terbesar di dunia akan disekat kepada pengguna, melainkan langkah perlindungan baharu diperkenalkan.
Foto: Getty Images
Biarpun belum ada hukuman yang akan dikenakan kepada pengguna yang ingkar, sekatan itu diadakan bagi membolehkan mereka ‘bertindak sendiri’.
Langkah tersebut diambil oleh Majlis Audiovisual Tinggi Negara. Ia mengecam taktik semasa laman-laman web lucah yang hanya meminta pengguna mengisi kotak semak yang menyatakan mereka berusia lebih dari 18 tahun.
“Ia tidak mencukupi dan mereka melanggar undang-undang dengan gagal memperkenalkan kawalan yang lebih baik.
“Kanak-kanak yang berhadapan dengan kandungan sedemikian boleh mengalami kejutan yang berkekalan,” kata seorang jurucakap Majlis Audiovisual Tinggi Negara.
Sementara itu, salah satu laman web terlibat memberi alasan bahawa sekatan seperti itu akan menghalang privasi pengguna.
“Pengawal selia Perancis tidak seharusnya melaksanakan peraturan yang melanggar privasi orang dewasa dan membiarkan sebahagian besar industri filem dewasa tidak dikawal sepenuhnya,” kata seorang jurucakap laman web berkenaan. – CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Hak Asasi Manusia Global harap dapat membuat bantahan ke kerajaan Perancis |
|
|
|
|
|
|
|
Apa cth web yg tak bole akses tu mohon kongsi tihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini pun patut ada sekatan macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
di mana hak kebebasan bangsa yang mengaku berasal dari beruk? zalim amat zalim. |
|
|
|
|
|
|
|
VPN tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 31-12-2021 09:11 PM
VPN tersenyum sinis
Ntah. Unless hebat namampus reti sekat VPN. |
|
|
|
|
|
|
|
buat virus, kalau bukak porn, pc atau phone meletup |
|
|
|
|
|
|
| |
|