JERMAN: Dua pemilik anjing terlibat dalam pergaduhan yang berakhir dengan seorang wanita menggigit seorang lagi di timur Jerman.
Sepanjang pergaduhan itu, anjing “hanya memerhati tingkah laku mereka,” kata polis.
Punca pergaduhan mereka pula ialah cara terbaik untuk mendisplinkan anjing, tambah polis lagi.
Salah seorang wanita itu berusia 27 tahun dikatakan melihat seorang wanita lain yang berusia 51 tahun memukul anjingnya.
Dia segera memarahi wanita tua tersebut menyebabkan satu pertengkaran hebat berlaku sehingga mereka berdua memukul dan menggigit satu sama lain.
Menurut laporan Wion, wanita yang lebih tua itu dilaporkan terjatuh dan menggigit betis wanita berusia 27 tahun itu, mengakibatkan kecederaan.
“Anjing-anjing itu hanya memandang dan tidak terlibat dalam insiden menggigit” semasa pergaduhan antara dua wanita, kata polis Jerman.
Kedua-dua wanita itu ditahan dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal.
sarawakvoice.com/2021/12/30 |