View: 2094|Reply: 22
|
Mengapa Selangor Gagal Urus Banjir 18 Dis?
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Segala yang ada di dalam rumah setingkat itu bersalut lumpur - peralatan elektrik dan elektronik, perkakas rumah dan perabot, malah pakaian juga bergumpal selut.
TV skrin rata 42 inci yang sebelum ini menjadi sumber maklumat dan hiburan Derismawa Arisno dan dua teman serumah, dijadikan alas duduk wanita itu yang berehat sekejap bagi menghilangkan lelah membersihkan rumah sewanya yang ditenggelami air selama seminggu bermula 18 Dis lalu.
"Bila balik (dari kerja), air dah sampai paras betis. Cuma dapat selamatkan baju, yang lain semua ditinggalkan. Memang panik sangat," katanya membuka cerita kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Banting, Selangor.
Kampung itu yang didiami oleh golongan berpendapatan sederhana, kebanyakannya bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, antara kawasan yang paling teruk terjejas banjir 18 Dis tersebut.
Foto: Bernama
Menurut penduduk yang ditemui Bernama, petempatan yang dikelilingi ladang kelapa sawit tersebut amat jarang dilanda banjir, justeru mereka tertanya-tanya bagaimana bencana seburuk itu boleh berlaku dan mengapa tiada amaran dikeluarkan.
Pertanyaan serupa turut bermain di fikiran Raynugadewi Subramanian atau Raynu yang menetap di Taman Sri Muda, Shah Alam - 44 kilometer di utara Kampung Tengah.
Tidak seperti Kampung Tengah, Taman Sri Muda mudah dilanda banjir apabila hujan lebat, namun kata Raynu bah besar pada hari berkenaan membuatkan dia benar-benar tergamam kerana selama ini banjir kilat yang berlaku tidak seteruk itu.
Cerita wanita itu, pada pagi 18 Dis tersebut, dia perasan air naik agak pantas berbanding kebiasaan, menyebabkan dia dan ibunya keluar rumah bagi mengalihkan kereta untuk diletakkan di kawasan lebih tinggi.
"Agak sukar untuk memandu dalam keadaan itu, namun syukurlah kami selamat sampai di kawasan tinggi," katanya menerusi WhatsApp kepada Bernama.
"Kami kemudian tunggu air surut dengan harapan dapat berjalan kaki untuk balik ke rumah, namun kami dapati paras air semakin tinggi."
Melihat rumah mereka semakin ditenggelami air, Raynu dan ibunya tidak ada pilihan melainkan menuju ke tempat selamat, meninggalkan segala milik mereka termasuk kucing peliharaan di rumah. (Kucing mereka selamat, ditemukan tiga hari kemudian).
Menurutnya, apabila kembali ke rumah pada 23 Dis, semua barangan di tingkat bawah musnah, manakala kawasan kejiranannya pula ibarat "medan perang". Setakat 27 Dis lepas, pihak berkuasa mengesahkan 25 orang termasuk dua sukarelawan terkorban dalam bencana itu di Selangor, manakala puluhan ribu lagi terpaksa dipindahkan. Ratusan penduduk dilaporkan terperangkap di atas bumbung atau di tingkat atas kediaman mereka tanpa makanan dan elektrik selama lebih sehari.
KAPASITI BERLEBIHAN
Ironinya, Selangor dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negeri yang paling bersedia untuk menghadapi bencana di Malaysia, kata pakar kesiapsiagaan Dr Khamarrul Azahari Razak.
Justeru, apakah yang sebenarnya berlaku?
"Apa yang berlaku (pada 18 Dis) adalah impak perubahan iklim dan akibat cuaca ekstrem pada hari berkenaan. Perlu diingat, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran, dan... (perubahan cuaca) berlaku sekelip mata," katanya.
Menurutnya, pakar termasuk beliau, menumpukan perhatian pada negeri-negeri di timur laut, menjangkakan hujan turun di sana seperti kebiasaan, namun yang berlaku ialah sistem cuaca bergerak ke barat daya, iaitu Lembah Klang.
Pihak berkuasa menuding jari pada jumlah taburan hujan - lebih 300 mm dalam sehari iaitu jumlah purata sebulan - yang diburukkan lagi dengan air pasang besar, kawasan rendah, air sungai penuh dan daratan terlebih tepu. Gabungan faktor itu tidak mampu ditampung oleh langkah-langkah tebatan banjir yang dilaksanakan.
Sekalipun saintis iklim dan pakar tempatan telah menjangkakan lebih banyak hujan dan kejadian banjir di rantau ini pada masa depan, termasuk di kawasan yang lazimnya tidak banjir, bencana 18 Dis itu memeranjatkan ramai pakar.
"Jujur saya katakan, selama lebih 30 tahun saya berkhidmat, saya tidak pernah melihat banjir seteruk itu di Kuala Langat mahupun Shah Alam," kata Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui WhatsApp kepada Bernama.
Walaupun penduduk sudah terbiasa dengan kejadian banjir di kawasan rendah di Lembah Klang, khususnya di kawasan berdekatan sungai, tidak ramai yang menyangka kawasan terbabit masih ditenggelami air selepas berhari-hari hujan berhenti.
Di Kampung Tengah, air hanya surut selepas seminggu, manakala di Taman Sri Muda, pihak berkuasa terpaksa menggunakan pam untuk menyedut keluar air, membolehkan penduduk kembali ke rumah mereka lima hari kemudian.
Pakar sungai dan saliran Dr Kalithasan Kailasam daripada Global Environment Centre (GEC) pula berkata ketika monsun bermakna sungai dan empangan dipenuhi air, menyukarkan lagi banjir untuk surut, malah mungkin kembali memasuki rumah.
"Keadaan itu disebabkan aliran balik," jelasnya.
Sementara itu, pada 27 Dis lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan jumlah hujan yang turun pada 18 dan 19 Dis yang dua kali ganda jumlah taburan hujan purata bagi Disember, sebarang projek tadahan air pada masa akan datang perlu berkemampuan menampung 300 hingga 400 mm air pada bila-bila masa.
Susulan bencana itu, masyarakat kini ingin tahu langkah-langkah yang diambil bagi memastikan bah besar di Lembah Klang tersebut tidak berulang.
PERSEDIAAN UNTUK MASA DEPAN
Mitigasi banjir mempunyai dua bahagian, iaitu struktur dan bukan struktur. Pakar berkata dengan menambah baik langkah tebatan banjir struktur seperti meningkatkan jumlah dan kapasiti kolam tadahan, empangan, tetambak dan lencongan akan membantu Lembah Klang dan Malaysia amnya mendepani ancaman perubahan iklim.
Untuk penyelesaian bukan struktur pula, pakar dan masyarakat berkata kerajaan negeri dan persekutuan harus menambah baik tindak balas dan pengurusan bencana masing-masing.
Raynu berkata setahunya, jiran serta rakannya yang terperangkap dalam banjir di Taman Sri Muda diselamatkan oleh sukarelawan, bukan pihak berkuasa.
"erkara ini tidak seharusnya berlaku atau setidak-tidaknya diuruskan dengan lebih baik oleh pihak berkuasa. Bagi saya perkara ini merupakan satu kegagalan yang besar pihak berkuasa," tambah wanita itu.
Laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat PBB bagi Pengurangan Risiko Bencana dan Pusat Kesiapsiagaan Bencana Asia pada 2020 mengenai Pengurangan Risiko Bencana di Malaysia, menyifatkan sistem pengurusan bencana negara yang secara berpusat atau dari atas ke bawah itu sebagai tidak cekap dan ketinggalan zaman.
"Tidak dapat dielakkan ketiadaan fleksibiliti (dalam sistem pengurusan bencana dari atas ke bawah) menjadikan sistem itu tidak berguna apabila berdepan cabaran abad ke-21, di mana maklumat dari bawah ke atas memainkan peranan penting dengan revolusi media sosial dan kesedaran dalam kalangan orang awam akan memberi impak terhadap reputasi dan nama baik kerajaan," menurut laporan itu.
Dr Khamarrul yang juga Exco MERCY Malaysia, mengesyorkan pelaksanaan sistem terpencar dan menambah, sistem pengurusan bencana yang berkesan bermakna melibatkan kesemua pihak berkuasa tempatan dan negeri.
"Jika anda memperkukuh kerajaan tempatan - kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan - anda sebenarnya menambah baik keseluruhan jentera dalam pengurusan bencana, berbanding dengan hanya bergantung pada Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara)," katanya.
Nadma ditubuhkan pada 2015. Pada 5 Okt tahun ini, Ketua Pengarahnya Datuk Dr Aminuddin Hassim dilaporkan berkata agensi itu sedang menggubal dasar pengurangan risiko. Beliau bagaimanapun tidak memberi maklum balas apabila ditanya berkenaan perkembangan dasar itu.
Pendekatan dari bawah ke atas juga harus melibatkan orang awam.
Dr Kalithasan yang juga Pengurus Penjagaan Sungai bagi GEC, berharap kejadian banjir itu akan menyedarkan orang ramai, kerana katanya mereka mempunyai peranan yang penting dalam mengurus dan mempersiap persediaan menghadapi bencana.
"Kita harus berpandukan pada model perubahan iklim 2021 yang tidak boleh diduga. Kita berdepan kemungkinan banjir boleh berlaku di mana sahaja dan pada bila-bila masa, tidak seperti musim monsun sebelum ini, iaitu bah pada Disember hanya berlaku di Kelantan dan Terengganu," katanya.
BERSATU
Pakar berkata perubahan bukan struktur lain yang boleh diambil ialah melarang pembangunan di kawasan dataran banjir, memastikan pembangunan lestari dan memperkukuh perundangan serta memperketat syarat pembangunan.
Nor Hisham yang juga bekas Ketua Pengarah Pengairan dan Saliran, berkata dataran banjir tidak harus dibangunkan.
"Di sesetengah kawasan, dulu kenapa buat ?" soal beliau.
Namun jika ada keperluan untuk dibangunkan, pakar berkata syarat yang ditetapkan harus mengambil kira kesan perubahan iklim seperti jumlah taburan hujan yang lebih tinggi dan kejadian cuaca melampau.
Aktiviti penebangan hutan juga perlu dikenakan sekatan yang lebih ketat, dan pihak berkuasa tidak boleh berkompromi dalam soal peraturan serta tidak meluluskan sebarang pembangunan yang gagal memenuhi syarat.
Pakar pengurusan alam sekitar Prof Madya Dr Mohd Khairul Amri Kamaruddin daripada Universiti Sultan Zainal Abidin bagaimanapun berkata tidak perlu dihentikan terus pembangunan, sebaliknya pastikan aktiviti itu dijalankan secara bersama dengan usaha pemuliharaan.
"Kita jaga. Kita buat sebagai ekopelancongan yang mana kita boleh bangunkan balik (hutan), boleh kembalikan duit ekopelancongan itu tadi kepada ekonomi masyarakat setempat dan sebagainya," katanya.
Nor Hisham yang bersetuju dengan saranan itu berkata apa juga pembangunan yang dilakukan, pastikan projek tidak mengganggu proses kitaran hidrologi atau proses semula jadi sungai.
"Usaha menggemblengkan pembangunan dan alam semula jadi, di mana sistem semula jadi tidak diganggu dan pada masa sama komuniti manusia juga boleh berkembang, mesti dilaksanakan. Kaedah ini amat penting bagi masa depan sesebuah negara yang menerima banyak hujan seperti negara kita ini," tegasnya. -CARI
Sumber: Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergodiva at 30-12-2021 01:19 PM
terkini......
SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Jeli, Kelantan sehingga Jumaat.
METMalaysia menerusi hantaran di Facebook pada Khamis memaklumkan, status amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.
“Ia turut berterusan di Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), manakala Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan) sehingga Sabtu,” kata hantaran itu.
Sementara itu, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di negeri Perlis dan Kedah membabitkan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik serta Baling.
"Amaran hujan berterusan tahap waspada juga melibatkan Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) serta Johor sehingga Sabtu ini.
“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad ini,” menurut hantaran itu.
sumber:sinar harian |
|
|
|
|
|
|
|
patut la sehari ni, mendung dan berangin kuat ja
mak kata, bau banjir. tapi area kami takda hujan turun pun, cuma takda panas matahari
ni pun baru tiup pelampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergodiva at 30-12-2021 02:17 PM
Adrif replied at 30-12-2021 02:08 PM
patut la sehari ni, mendung dan berangin kuat ja
mak kata, bau banjir. tapi area kami takda hujan ...
kalau dah tahap bahaya dijeli serta kelantan....persiapan apa yg perlu rakyat sediakheun? dah ada guidelines kewww dari pihak kerajaan?
atau kerajaan hanya akan lihat dua hari selepas banjir hujan tahap bahaya ini melanda baru boleh akses kedudukan serta langkah2 yg perlu diambil?
kimarkk nakharom betul la pengamanah negara |
|
|
|
|
|
|
|
kami di Perak yop
berlindung di balik banjaran gunung-ganang
alhamdulillah so far tak pernah banjir lagi walau tengok air sungai depan naik turun naik turun
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by innocent_me at 30-12-2021 02:48 PM
bukan ke dh viral gambar dari kementerian pasal persediaan banjir? yg pasal suruh sediakan beg kecemasan tu.
Orang pantai timur dah biasa. Dan ATM, Bomba sini mmg sentiasa sedia untuk banjir.
Tapi,kalau jadi hujan luar biasa mcm bah kuning 2014 dulu dan mcm banjir kat selangor tu mmg kalut juga, sebab tempat yg tak pernah banjir pun akan jadi banjir dan air naik lebih kurang satu kaki setiap 15 minit. Satu jam air tiba2 dah paras leher. Masa tu ATM ke Bomba ke apa ke payah dh nk tolong semua. Sebab air deras bahaya. Mmg akan ada yg sempat dan tak sempat diselamatkan.
Yang 2014 dulu hari ke 3 baru dpt diselamatkan sebab manusia ramai, rumah banyak, takkan sempat nk rescue semua dalam masa singkat.
Skrg ni tgh berdebor tggu banjir biasa ke banjir luar biasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 30-12-2021 02:36 PM
kami di Perak yop
berlindung di balik banjaran gunung-ganang
Ko tak tumpang berteduh diperkarangan istana tersergam indah? Raja mesra rakyat.....bolehka raja tidur dalam kenyenyakhen sedangkheun tahu rakyatnya sedang dlm ketakutan taking cover dari kemungkinan banjir hujan...ibarat mengemis dibumi serta negeri sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
innocent_me replied at 30-12-2021 02:41 PM
bukan ke dh viral gambar dari kementerian pasal persediaan banjir? yg pasal suruh sediakan beg kec ...
Pakar met kita sendiri akui banjir hujan yg kita lalui sekarang ini tidak pernah kita alami dlm sejarah sebelum ini....the SOP guidelines dah berapa kurun lama tercetaknya?masih relevan dgn keadaan serta bentuk banjir yg kita alami sekarang ini? |
|
|
|
|
|
|
|
tembok dan kunci air tu dibina setelah banjir 1995 dulu (berkat adanya kerajaan umno ketika itu)
tapi baru2 ni tembok tu pecah sebab KERAjaan PH buat perumahan mampu tengok berhampiran situ
tengok tiktok ni dan dengarlah rintihan dari warga sekitar kawasan tersebut
https://www.tiktok.com/@ruangser ... rri&t=1640847720497 |
|
|
|
|
|
|
|
rumah jauh le dari istana.. dalam sejam jugak le naik kereta nak ke situ
apa2 jadi, semua pakat nak lari ke rumah flat depan tu
itu je bangunan paling tinggi kat kawasan sini. itupun kalau jalan tak tenggelam
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Allah melindungi negara kita |
|
|
|
|
|
|
|
sbbnya...tiada I-sinar I citra I kecewa |
|
|
|
|
|
|
|
PBB dah boleh ubahstmnt diorg.... |
|
|
|
|
|
|
|
senarai kekantoian (kalau ada lain bagitau ye)
1) tuduhan umno punca banjir sri muda = terjawab.. rupanya tembok pecah akibat pembinaan perumahan baru yang diluluskan KERAjaan PH
2) tuduhan noh omar dan MKN = kantoi.. noh omar jaga bahagian keselamatan je, tapi bahagian bencana alam kerajaan negeri selangor punya tanggungjawab
3) tuduhan mana nak alih 30% kalau dua2 sungai penuh = kolam tampungan ada untuk simpan air
4) tuduhan nape umno tak fight agar projek diteruskan = terjawab melalui hansard sidang DUN
5) tuduhan umno tak buat kajian bina canal city = terjawab melalui statement khir toyo
6) tuduhan kapasiti tasik canal city ciput je = luas tasik canal city jauh lebih besar dari kolam smart tunnel yang boleh tampung 1.5 juta3 air |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk: senarai kekantoian (kalau ada ...
Juak2 ph dak2 twitter flag hitam mmg terbaik dr segi mencerca kerajaan fed dan memuji ker negeri walawpunnnnnn... hmmmmmm. Ibarat otak jatuh nk cari tak jumpa diorg punya statement. Cant brainn ???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm pahang negeriku tu? cemerlang berjaya keeee????
tahikkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 30-12-2021 04:33 PM
senarai kekantoian (kalau ada lain bagitau ye)
1) tuduhan umno punca banjir sri muda = terjawab.. r ...
semua point ko tahik macam level ko sebagai tahik macai politik jua adanya |
|
|
|
|
|
|
|
Gagal urus DAN nak tutop cerite empangan dilepaskan at the last minute.
Topik empangan aku tu dimerge oleh FantasyCreation di sini:
Tajok Kontot Viral #39: Ingatkan Sebab Tak Rapatkan Saf Rupa2nyak Empangan Yang Dilepaskan #lobaikuchiwa
https://b.cari.com.my/forum.php? ... ge%3D1&mobile=2 |
|
|
|
|
|
|
|
X perlu lah nk salahkan sgt kerajaan itu dan ini...takdir Allah mmg hujan luar biasa..mmg Allah nk uji dgn sedikit malapetaka supaya semua trrkesan dan sedar diri..x abis abis politik bodoh itu ini...
Blh x aku kata..sbb BN lead gomen lar punca byk malapetaka mkin mnjadi sbb parti korup? Klau nk kaitkan sgt 'politik' dgn 'bala' yg Allah turun...
Klau Allah nk turun bala..berbelanja berbillion hbis rezab negara pun ..klau nk jadi..jadi juga kan..
Usahlah bermain fikiran sempit dgn politik..dan jgn nak berbangga sgt kununnya point n idea ko org tu bgus sgt.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|