CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3521|Reply: 19

Elisya Sandha Rehat Sebulan, Rancang Nak Timang Anak

[Copy link]
Post time 30-12-2021 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Memilih untuk berehat selama sebulan, pelakon Elisya Sandha berkata dia mahu fokus kepada hal rumah tangga selain mengakui keadaan kesihatan kurang baik sejak kebelakangan ini.


Kata Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, dia berehat bukan kerana sudah berbadan dua, sebaliknya mengumpul tenaga sebagai persediaan sebelum melangkah ke tahun baharu.




Foto: IG




"Sekarang ini saya masih berehat kerana kurang sihat, jadi saya mengambil tempoh berehat selama satu bulan untuk fokus dengan keluarga saya dan juga keluarga baharu saya.


"Tapi bukanlah disebabkan itu (berbadan dua), saya rasa seperti saya penat kerana terlalu banyak bekerja, jadi saya cepat letih. Keluarga juga mengatakan biar saya berehat di rumah sahaja.


"erancangan (anak) itu ada...doakan yang baik-baik untuk kami," katanya kepada mStar.




  



Elisya ditemui semasa sidang media drama bersiri Oh My Hantaran yang diadakan secara maya pada Selasa.


Elisya berkahwin dengan pengurus produksi yang juga merupakan anak penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos lalu.


Pasangan ini baru sahaja mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Perlis pada 19 Disember lalu.




  



"Alhamdulillah majlis resepsi di Perlis akhirnya berjaya dilaksanakan. Semuanya berjalan dengan lancar, keluarga sebelah suami dapat bersua muka dengan keluarga saya di sana.


"Biarpun begitu, majlis berkenaan berlangsung serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Itulah kelainannya kerana berkahwin mengikut norma baharu. Alhamdulillah semua orang faham," ujarnya.


Dalam pada itu, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memaklumkan bakal sibuk pada tahun depan dengan penggambaran drama, malah dia juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni.




  



"erancangan 2022 akan ada banyak lagi drama. Walaupun dah empat tahun saya dalam industri lakonan tapi saya rasa banyak lagi benda saya kena belajar.


"Saya teringin nak bawa watak antagonis, memang tak pernah dapat watak begitu. InsyaAllah tahun depan saya akan ambil peluang itu.


"Selain itu, kalau ada rezeki saya nak ambil short course dalam performing art," ujarnya.




  



  



Bercakap mengenai Oh My Hantaran, drama 20 episod arahan Shuhaimi Lua itu bakal bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di slot Diandra saluran TV9 pukul 8.30 malam.


Oh My Hantaran mengisahkan Mira (Elisya) iaitu gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique) seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua, namun hubungan itu tidak direstui dan bapa Mira meletakkan wang hantaran tinggi buat Mail. -CARI


Sumber: Mstar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 11:04 AM | Show all posts
zizzzz ketukk tak sabar nak bercucu ler tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:47 AM | Show all posts
Masak la ko kalau dpt mertua jenis pressure nak cucu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 02:28 PM | Show all posts
Sibuk beritau ko punya itinery, ada yg tanya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 03:02 PM | Show all posts
nak bagitau lettuw cuti sebulan nak main hari-hari biar sis ketuk cepat dapat cucuhhhh....terbalik eh buat majlis belah laki baru buat belah dia pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
rengsa sungguhhh iol dengan retis yang buat hebah aktiviti koko bakalan dijalankan untuk menambahkan umat
rengsa lagi dengan siapa yang dok tanya soklan vodo ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2021 10:14 PM | Show all posts
nolya replied at 30-12-2021 02:28 PM
Sibuk beritau ko punya itinery, ada yg tanya ke?

amboi ko sesekali melahar sekali nafas.. sebaris ayat je ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 21 yer .. semoga happy slalu la dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 11:50 PM | Show all posts
Ade orang mintak tentatif ko ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 1-1-2022 10:36 PM

Awat tajuk hal2 kklurgaan je sejk duamnjak ni...
Yg nk tmbah ank keenam..
Yg nk potong talipusat
Yg bunting plamin
Keliru kitew ni berita artis online atau majalah kklurgaan

.
Tp achik suka elisya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa dia x purposely pun komen bab rancang nak anak kan...
Dia explain nak rehat sbb kesihatan...
Hampa ponnn.... tajuk benang pun leh jd punca cercaan....
Btw, berseri2 elisya ni lps kawen...
MILFH ka apa nampak dia bahagia dgn laki dia....
Moga berkekalan
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 10:04 AM | Show all posts
meols ok je dgn dia ni. takdelaa rengsa tgk. semoga ada rezeki anak lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 04:43 PM | Show all posts
aku tak paham kenapa elisya yg lawa boleh cinta mati dgn jantan muka kucing ni. dari sekolah dulu pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk bekerja berlakon apa jer? ke sibuk jadi babu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti comel anak dia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik dlm baju pengantin tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka laki dia macam iqbal pondan
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 10:26 AM | Show all posts
nasib la dik dpt mertua push2 nak baby...padahal dedua muda lagi..banyak lagi masa untuk chill and relax
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 01:09 PM | Show all posts
bercoocoolah cyst kita tak lama lagi
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa ni dok umah sis ka? X dok asing ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.197674 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list