|
“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisioterapi yang dilakukan dua kali seminggu. Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu."
 Kredit foto: IG
Demikian kongsi selebriti popular, Neelofa dalam satu perkongsian di InstaStory yang dipetik Kosmo Online.
Memaklumkan dirinya menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan sekali gus memberi bayangan bahawa tarikh kelahiran cahaya mata sulungnya bakal menjelang tiba.
Khabar angin bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan pendakwah Haris Ismail sejak Julai lalu makin bertiup kencang selepas beberapa gambarnya mengusap perut yang semakin membesar tersebar.
Pun begitu, hingga hari ini Neelofa dan Haris masih mengunci mulut mereka selain hanya memberi 'hint' mengenai kehamilannya.
Sudah hujung-hujung tu. Mesti meriah sambutan kelahiran anak sulung Neelofa ni nanti kan? - CARI
|