|
"Sedih melihat keadaan kereta mereka."
Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa simpatai terhadap nasib menimpa keluarga adiknya yang terjejas akibat banjir di Hulu Langat, Selangor.
 Kredit foto: IG
Menerusi perkongsian di Instagram, Fazley sertakan sekali gambar keadaan bahagian dalam kereta adiknya yang bersalut lumpur.
Dalam hantaran itu, dia turut menempelak komen sinis netizen yang menyindir kononnya situasi dialami adiknya itu tidak seteruk mana.
 Kredit foto: IG
Terngiang-ngiang kata-kata adiknya yang membayangkan diri dan keluarga hanyut dan tenggelam bersama rumah ketika kejadian.
Kereta berlumpur akibat ditenggelami banjir mungkin kelihatan 'biasa'biasa' bagi yang terlebih kemampuan.
Berat bahu yang memikulnya tiada siapa yang tahu. - CARI
|