View: 937|Reply: 3
|
Pecah Record Guinnes World Records Jalan Atas Tali Melintasi Dua Belon Udara
[Copy link]
|
|
Seorang pelagak ngeri di Brazil berjaya berjalan di atas kabel yang menghubungkan dua belon udara panas pada ketinggian lebih satu batu dari tanah, sekali gus memecahkan Guinnes World Records.
Rafael Zugno Bridi, 34, melakukan aksi ngeri tersebut di bandar Praia Grande dengan hanya berkaki ayam pada ketinggian 1,868 meter di udara.
Kredit foto: Daily Mail
Bridi berkata, dia melakukan aksi tersebut kerana ingin merasai sensasi terapung di udara.
“Saya seorang yang suka pada cabaran dan suka melakukan perkara yang berbahaya.
“Saya suka mencabar rekod yang sukar ditandingi,” katanya.
Jelasnya, untuk melakukan aksi bahaya perlu memberi perhatian sepenuhnya untuk memastikan semua prosedur dipatuhi secara terperinci kerana kesilapan kecil boleh membawa bahaya.
‘Oleh itu, semua orang perlu tenang dan yakin supaya saya tidak gementar untuk berjalan atas tali tersebut.
“Kegembiraan yang tidak dapat digambarkan apabila saya berjaya berjalan di atas awan setinggi ratusan meter,” katanya.
Menurut Bridi, untuk melakukan aksi tersebut memerlukan persiapan dari segi latihan dan keselamatan selama bertahun-tahun.
“Saya tidak mengabaikan aspek keselamatan. Saya telah menyediakan peralatan terbaik, pasukan terbaik dan pengetahuan terkini sebelum melakukan aksi bahaya,” katanya.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
klu jatuh kt bwh dh 1 kje nk kutip cebisan kau
|
|
|
|
|
|
|
|
Pehh gigil tengok. Lagi2 untuk org gayat macam aku. Kalau duk tempat tinggi terus rasa macam gelap mata. And lemah lutut. Salut la kat dia. Berani bethol |
|
|
|
|
|
|
|
x mau tgk...lemah kaki lutut tgk...tp mmg salute kt die! |
|
|
|
|
|
|
| |
|