CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1192|Reply: 5

Tinggal 2 Bulan Dengan Mayat Ibu Kerana Wasiat

[Copy link]
Post time 29-12-2021 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Pulai Bali gempar apabila seorang lelaki tinggal bersama mayat ibunya selama hampir dua bulan kerana dikatakan bagi menurut wasiat terakhir ditinggalkan wanita itu, lapor Suara.com.


Putu Sugiarta, 53, membiarkan mayat Wayan Terpi, 96, di rumah mereka selama 56 hari selepas wanita itu meninggal dunia pada 3 November lalu.




Kredit foto: TribunNews




Lelaki itu dikatakan menggunakan ais dalam kuantiti yang banyak bagi mengawet mayat ibunya agar tidak rosak dan berbau.


Menurut laporan, Wayan meninggalkan pesanan terakhir kepada Putu agar mayatnya dibiarkan selama empat bulan di rumah tanpa memberitahu ahli keluarga yang lain.


Bagaimanapun, insiden itu berjaya dihidu ahli keluarga lain yang pergi ke rumah mereka untuk menjenguk keadaan Wayan.


Sejurus mengetahui bahawa wanita itu telah meninggal dunia, mereka membuat keputusan untuk segera mengebumikan mayatnya, namun permintaan itu ditolak Putu sehingga memaksa ahli keluarganya melaporkan perkara itu kepada Balai Polis Seririt.


“Ahli keluarga yang lain tidak dibenarkan menjenguk mayat Wayan selain hasrat mereka untuk mengebumikannya turut dihalang Putu,” kata Komisioner Polis, Gede Juli.


Kredit foto: Istimewa




Tambah Gede, berdasarkan siasatan, Wayan meninggal dunia pada 3 November lalu kerana sakit tua.


“Mendiang tinggal berdua bersama anaknya (Putu). Menurut Putu, ibunya ada meninggalkan pesanan agar mayatnya dibiarkan dahulu di rumah sekurang-kurangnya empat bulan tanpa memberitahu keluarga yang lain sebelum dikebumikan,” katanya.


Mayat Wayan akhirnya telah dikebumikan dan polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden tersebut.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 08:51 AM

............
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly bali agama hindu tapi campur dgn amalan setempat
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 04:33 PM | Show all posts
Yindon caprut dan kebodhohan tiada galang gantinya
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam citer Partners for Justice. Mak dia cakap kat anak dia, kalau dia mati jangan bagitau sesiapa. Sebab mak dia ni ada dapat duit bantuan apa ntah. Nanti kalau dia mati bantuan tu stop la kan. Anak dia ni lak schizo kot tak silap. Tetiap hari anak dia lap badan mak dia guna soju. Memula dorg ingat anak dia yg bunuh mak dia. Skali NFS tu bagitau anak dia tu 'jaga' (mayat) mak dia macam jaga orang sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 06:22 PM | Show all posts
Nasib di Bali kalau di Sulawesi pasti dia selamat meneruskan misi
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:06 AM GMT+8 , Processed in 1.017590 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list