CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 0

[Borneo] [Luar Negara] Sepanyol Akan Mengharamkan Rakyatnya Merokok Di Semua Pantai

[Copy link]
Post time 28-12-2021 11:41 PM | Show all posts |Read mode

Sepanyol akan mengharamkan rakyatnya untuk merokok di semua pantai di negara itu. Jika seseorang didapti melanggar peraturan tersebut, maka pihak majlis mendenda pesalah sehingga 2,000 euro (£1,700).

Undang-undang negara tersebut ditetapkan bertujuan untuk memerangi pencemaran yang disebabkan oleh puntung rokok yang menjadi isu utama alam sekitar di pantai sepanjang 3,000 batu di negara itu.

Putung rokok adalah salah satu bahan pencemar yang paling berbahaya serta mengandungi polimer plastik tidak terbiodegradasi yang membebaskan sebatian toksik.

Beberapa wilayah Sepanyol, termasuk Barcelona dan kepulauan Canary, telah pun memperkenalkan larangan merokok yang serupa di pantai.


Langkah itu dibuat beberapa bulan selepas petisyen ditandatangani oleh lebih 283,000 orang dan dihantar kepada kerajaan yang meminta agar undang-undang sedia ada dapat diubah kepada larangan merokok.

Menurut Fernandez Megina, ahli kumpulan kempen No Fumadores (Dilarang Merokok), petisyen itu dibuat bagi menggesa kerajaan agar segera membuat undang-undang baharu berkaitan rokok di kawasan pantai.

Undang-undang itu menerima 182 undi di parlimen, dengan 70 mengundi menentangnya dan 88 berkecuali.

Ia disokong oleh Parti Pekerja Sosialis Sepanyol, parti sayap kiri Podemos dan parti Citizens yang berpusat. Parti ultra-nasionalis Vox mengundi menentangnya, manakala Parti Rakyat konservatif berkecuali.

Analisis yang dilakukan oleh Agensi Alam Sekitar Eropah pada 2018 mendapati puntung rokok dan penapis di dalamnya adalah antara barang yang paling biasa ditemui di pantai Eropah.

Kemudaratan yang dilakukan oleh puntung rokok telah dilaporkan secara meluas, dengan para saintis memberi amaran bahawa nikotin, logam dan benzena yang terkandung di dalamnya mungkin meresap keluar.

Ini boleh mencemari tanah dan habitat akuatik sehingga boleh menjadi risiko serius kepada hidupan marin, kerana ia boleh ditelan oleh haiwan.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menjadikan isu alam sekitar sebagai isu utama kepada dasar kerajaannya, dan telah menetapkan sasaran untuk Sepanyol menjadi neutral karbon menjelang 2050.

Berita mengenai undang-undang itu datang apabila varian Omicron kelihatan semakin menjejaskan lagi industri pelancongan Sepanyol, yang telah dilanda teruk oleh wabak global.


utusan.com.my/luar-negara/2021/12
  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 27 Disember 2021, 10:19 am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062924 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list