CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73848|Reply: 772

Izreen Azminda berang jadi mangsa ‘content’ netizen

   Close [Copy link]
Post time 28-12-2021 09:13 PM | Show all posts |Read mode

IZREEN berang dengan dakwaan netizen yang mencetuskan spekulasi dengan membuat andaian rumah tangganya bersama suami goyah.

Izreen Azminda berang jadi mangsa ‘content’ netizen

PETALING JAYA – Berang diri dan suami menjadi mangsa content sebuah akaun TikTok, aktres Izreen Azminda menegaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap netizen yang menabur fitnah tentang rumah tangganya.

Perkara tersebut ditegaskan Izreen, 36, selepas tular sebuah hantaran TikTok yang memaparkan Ude tidak mengikuti akaun Instagram Izreen.

Menyelar tindakan tersebut, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu memjelaskan dia mahupun Ude tidak pernah mengikuti satu sama lain dalam media sosial walaupun sudah bergelar suami isteri.


TANGKAP layar video TikTok memaparkan pemilik akaun tersebut mencetuskan spekulasi negatif apabila menghebahkan kepada umum mengenai akaun Instagram Izreen tidak diikuti oleh Ude.

“Demi secebis content, sudah berzaman kami tidak mengikuti akaun masing-masing, apa masalah?

“Kami sihat sejahtera di sini. Adakah kami perlu muat naik foto bersama setiap lima minit dan baru boleh dikategori sebagai pasangan bahagia?” selarnya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Kecewa dengan perkara tersebut, dia turut menyelar tindakan individu tersebut kerana memuat naik sebuah kandungan yang boleh mengundang tanggapan negatif daripada orang ramai.

“Anda pula yang lebih-lebih kerana muat naik tentang perkara lalu. Sakit ke?

“Ingat ya, berkongsi perkara sebegini yang boleh mengundang komen-komen negatif, hinaan dan menjatuhkan aib boleh didakwa!

“Semua orang sudah ada kehidupan masing-masing tetapi anda pula yang menggelabah tersekat dalam kehidupan orang lain. Sudah lama aku senyap dengan orang seperti ini, nak kena ambil tindakan juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, selang beberapa jam, Izreen turut memuat naik tangkap layar memaparkan hantaran dan akaun TikTok tersebut telah dinyahaktif.

Tambah Izreen, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara sama berulang lagi.

“Kenapa padam? Ingatkan berani sangat, bukan main hebat lagi sebelum ini.

“Selepas ini jika ada lagi mana-mana akaun buat begini, aku nak lakukan kerja diam-diam sahaja. Tiba-tiba surat saman sampai pada anda,” tegasnya.

Sejak semalam, tular sebuah video dengan memaparkan tangkap layar senarai pengikut Instagram Ude.

Dalam video tersebut, pemilik akaun berkenaan memaparkan Ude tidak mengikuti akaun Instagram isterinya sekali gus mengundang pelbagai andaian negatif daripada netizen mengenai status rumah tangga mereka.

Terdahulu, pada 21 Oktober lalu Kosmo! melaporkan Ude yang juga seornag pemuzik menyelar sikap netizen yang masih berterusan mengganggu Izreeen dengan cacian dan makian berhubung kisah lamanya.

Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan dua orang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2, dan Ali Idrees Muhammad Radzi yang kini berusia tiga bulan.

Pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin.

Sebelum ini, perkahwinan pasangan berkenaan pernah mencetuskan kontroversi selepas Izreen membuat pendedahan tentang pernikahan mereka yang dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh.

Kedua-duanya sempat bermadu namun Ude kemudian melafazkan talak satu kepada Intan pada 22 Mac 2018 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selepas lima bulan tidak tinggal sebumbung.

Sementara itu, pada 21 Disember lalu, Intan yang juga usahawan selebriti kembali hidup berdua apabila selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati, Aizam Yahya di Sky Grand Ballroom di Jalan Ampang.– K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 09:57 PM | Show all posts
dia nie lawa...bkn lawak ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 16-1-2022 07:22 PM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik_jantung replied at 28-12-2021 10:01 PM
Okayyy.. fine. Yg pasti intan kahwin majlis meriah okay.. sanding siap posing dgn anak2... No no no  ...

Sheols kahwin rumah rita rudaini.. ada orang pecah lobang.. mcm kahwin sindiket gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa spekuan netizen sentiasa mengena. cepat atau lambat je. kita sama2 nantikan.. sy terhibur. jumpa awak di final,, *kata juri toksop.. tiber2
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 28-12-2021 10:04 PM
Sheols kahwin rumah rita rudaini.. ada orang pecah lobang.. mcm kahwin sindiket gitu

Pastu royan belah intan. Siap perli2  jering.
Cuak la tu kena tempias kemarahan nitizens masa tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2021 10:16 PM | Show all posts
Lorh... orang cakap suami dia tak folo account tiktok dia pun nak amik tindakan ke?

ko melenting kenapa...dah memang kuda tak folo kau
takut bayang bayang kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kahkahkah..
takut  jodoh tak panjang ke tu2
jenuh la kalau bercerai..anak dah berderet 3 org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza betul tutur  bahasa Jering n Intan...jering garang betul cara penyampaian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Go cry in the corner u c**t. Telahan mokcik2 forum jarang tak mengena..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai berapa banyak selar daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak bertambah2 kepam si kude. Terus masuk ig story, kena tunjuk bahagiaaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhhh....mende gitu pun ko nak sentap beria, lemahhhh
Tak bahagia ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:57 PM | Show all posts
minah extend ni beriya naww
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mau x sentap..intan tgh happy2 bulih laki baru, yg dia plak org memandai speku berantakan..mana leh kalah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya sundalan ini kena tinggal je last2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2021 12:43 AM | Show all posts
aik blh plak ko detect time2 intan kawen ek...
nway br kena gini pon dh ngamuk mcm onggile..ko caras laki org sikit pon org tu xserang ko..so pls behave jgn curi limelight plssss
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 12:50 AM | Show all posts
bagosla si kude xde ank perempuan…

semoga intan dpt bb girl dlm second marriage ni..bb yg sihat comel sampai sakit jiwa jering.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Beza betul perangai si jering dgn intan..apelah yg sebabkan si ude sukaaa yaa

Intan = lemah lembut &matang.. walau kadg2 sedikit
emosional...

Jering :  garang,hipokrit,perasann..dah la guna akaun ude kutuk intann..dan acah2 konon ude in love sgt dgn diaa...mcm la netizen tak thu kau amek phone ude masuk.ig diaa kau tulis sendiri..ude tu mne main ig..tetbe dah kahwin dgn kau rajin lak layan
ig....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 28-12-2021 09:57 PM
dia nie lawa...bkn lawak ye

Biase2 je muka dia wei..dpn2 plainnnn splainnnnn splaiannnn nyaaa…dgn mcm kulit kering…

Lawa lg si ex madu dia klau dpn2 lah bila dah jumpa real..putih kecik tggi dlm 159cmtu..

Tp jlau tgk dlm gamba aku pon nmpak jering la lawa..lg2 msa awl2 kontrolversi dlu…kene tgk dpn2 kedua2 baru nmpak keplainan muka jering
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.139543 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list