CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur wanita didenda gara-gara memiliki syabu

[Copy link]
Post time 28-12-2021 09:09 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Padah memiliki 0.65 gram syabu, seorang penganggur wanita didenda RM3,600 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Elaine Shim EE Ling, 31, mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 21 Julai lalu, jam 11.15 pagi di sebuah rumah penginapan di Jalan Datuk Amar Kalong Ningkan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak membuat serbuan terhadap salah satu bilik di premis tersebut kerana mengesyaki tertuduh terlibat dalam kegiatan dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu peket plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang diletakkan di atas lantai tepi katil.   

Sehubungan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2021/12/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.112445 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list