CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 4638|Reply: 50

Meremang Tengok Wanita Pakai Veil Hitam Berlegar Menjelang Senja

[Copy link]
Post time 28-12-2021 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Meremang bulu roma menyaksikan video menunjukkan seorang gadis bersendirian dalam persalinan busana hitam.


Menerusi video yang kelihatan suram, aksinya yang turut memakai veil rona sama menimbulkan tanda tanya.




Kredit foto: TikTok




Lagu yang dipetik daripada runut bunyi filem seram Indonesia, Pengabdi Setan sebagai latar belakang video menambah misteri siapa gerangan wanita 'veil hitam' itu.


Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Khairunnisa Assila Saharudin berkata, dia tidak menyangka videonya meraih perhatian di laman sosial dengan begitu banyak komen netizen.


Lebih mesra disapa Neysa, veil hitam tersebut dibeli secara dalam talian dan pada asalnya digunakan untuk rakaman video konten melibatkan seorang model.


"Saya suka rakam video dan kongsi di laman sosial. Veil hitam tu dibeli pada harga RM13.50 untuk dijadikan props untuk rakaman bertemakan gothic.


"Tapi rancangan tak menjadi sebab model tersebut tak free pula. Jadinya saya buat video rakaman diri sendiri dengan bantuan seorang rakan," katanya ketika dihubungi.




Kredit foto: TikTok




Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, lokasi penggambaran video tersebut diadakan dekat Sungai Buloh, Selangor yang menempatkan rumah-rumah lama bekas pesakit kusta.


Menurut Neysa, dia mengakui cakap-cakap segelintir masyakat mengenai kawasan itu yang dikaitkan dengan kisah seram dan mistik.


"Ada yang kata timbul perasaan tak best melihat rumah-rumah tinggal bila lalu di situ. Ada juga yang cakap tempat di situ 'keras'.


"Tapi saya tak rasa takut walaupun selalu berjoging di situ pada waktu petang. Bagi saya, tempat tu cukup estetik," ujarnya yang menetap di Sungai Buloh.


Namun anak kedua daripada tiga beradik itu mendedahkan rakaman dibuat pada lewat petang, sekali gus menghidupkan suasana sunyi dan suram.







"Memang rancang untuk pakai serba hitam termasuk veil. Mula rakam pada pukul 6.30 petang dan selesai pada waktu senja selepas pukul 7 petang.


"Saya tak pakai mekap pun, semuanya dilakukan secara spontan. Saya cuma pakai lip gloss dan lukis kening," katanya yang bertugas dalam pemasaran media sosial di sebuah syarikat penerbangan.


Menurut Neysa yang meminati filem seram dan misteri, The Exocism of Emily Rose dan Marlina the Murderer in Four Acts, dia tidak menyangka videonya memakai veil hitam di aplikasi TikTok membangkitkan mood seram dalam kalangan netizen.


"ada asalnya saya guna lagu lain untuk video tu. Tapi macam-macam versi lagu dibuat netizen sehinggalah saya memasukkan versi baru dengan lagu daripada filem Pengabdi Setan.







"Saya buat rakaman video sebagai content di laman sosial sekadar suka-suka. Tak ada pengalaman pun, hanya belajar sendiri dari YouTube mahupun tengok video orang lain.


"InsyaAllah saya akan teruskan buat video-video menarik. Tapi jujurnya lokasi tu walaupun ada yang kata seram, tapi pemandangannya sebenarnya cukup unik dan cantik," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih sesuai thema gothic pergi ke Gereja2....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu gemok
Tak seram lgsg.nak kejor org pun ntah2 semput sbb gundu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:47 PM | Show all posts
Wartawan dah takde modal dok kutip konten TikTok.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:48 PM | Show all posts
errrr motifnye celaru nih...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah ye ntah tak model x dtg…baju dia pun mmg sama saiz badan dia jah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2021 12:49 PM | Show all posts
TT sila ke arab saudi nak tengok meremang ka tak bulu ari2 di fadang fasir



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:51 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-12-2021 04:44 AM
Hantu gemok
Tak seram lgsg.nak kejor org pun ntah2 semput sbb gundu

gemok ke dia?

tak tgk vid dia..

huhhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 12:52 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 28-12-2021 12:44 PM
Hantu gemok
Tak seram lgsg.nak kejor org pun ntah2 semput sbb gundu

tak seram dan tak best pun kontent video tu


..tapi kegemukan hantu tu betul membatalkan semua keseraman video... dan jadik kelakar plak.. yg tu bru best haha

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:53 PM | Show all posts
forum kena buat satu thread khas nama tong sampah besar
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:53 PM | Show all posts
aku nampak macam pengantin jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:54 PM | Show all posts
Species attention seekers memang begitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 28-12-2021 12:52 PM
tak seram dan tak best pun kontent video tu



Tu la..mana ada hantu gemuk2 kan
Sbb nk kene terbang mengilai, nak kejar org kampung lagi, nak loncat2 lagi
Susah nk buat semua tu kalo gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 28-12-2021 12:51 PM
gemok ke dia?

tak tgk vid dia..

Gundu sis...kira kalo dress hitam dia pakai tu mau saiz XXL above akak rasa
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:12 PM | Show all posts
But...whyy?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi sesuap viral
*yawn*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ai penah beli veil lace kat oversea. cantik.  rupanya tu lace orang italy pi buat masuk chapel or catholic church

ai rasa org korea pun sama guna lace veil tu utk sunday mass.

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:32 PM | Show all posts
Konten tiada hala tuju.
Termenung, hambar.... tidak seperti video-video pendek yg sarat dengan mesej diluar sana.

Kategori video: 'kelainan orientasi'.

Baik ko layan Ytuber indon buat konten kejar/interviu pontianak dalam hutan jah. Walopun fake, tapi nampak hala tuju konten dia disitu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:40 PM | Show all posts
enviroment dah cantik, color black tu jadi tak kena plak
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:42 PM | Show all posts
Video mcm ni pun tular ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:06 AM GMT+8 , Processed in 2.613692 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list