CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 0

[Sarawak] Ambil dadah, pemuda didenda

[Copy link]
Post time 28-12-2021 11:34 AM | Show all posts |Read mode


Zulkarnine (kiri, belakang) bersama Adam (kanan, belakang) didenda akibat mengambil dadah Amphetamine dan Methamphetamine.

KUCHING: Padah mengambil dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine, seorang pemuda berusia 23 tahun didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan tertuduh, Adam Pui Tze Lit, 23, untuk dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda, selain mengarahkan tertuduh untuk menjalani dua tahun pengawasan polis.

Tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut pada 31 Julai 2019, jam 4.17 petang di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki bekerja sendiri turut mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen sama dan seterusnya didenda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh, Zulkarnine Ali, 35, dari Kampung Pulo Ulu itu didakwa mengambil dadah jenis Amphethamine dan Methamphetamine pada 22 November 2013, jam lebih kurang 5.10 petang di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, ASP Rogayah Rosli.


utusanborneo.com.my/2021/12/27

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.040043 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list