CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

LaGu2 RaYa eVerGrEEn: LiRik dan SejArAhnyer...

  [Copy link]
Post time 25-8-2010 11:13 AM | Show all posts
UJI RASHID & HAIL AMIR

Seloka Hari Raya

Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama

Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra

Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia

Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra

Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2010 11:13 AM | Show all posts
yang ni aku penah dengar tapi lupa melodi

Fazley (Fazley Yaakob)

TAJUK: Seribu Kemaafan

Seribu kemaafan
Kupohon dari ayah dan ibu
Juga kekasih hati yang dirindu
Sanak saudara nun jauh berbatu

Sambutlah salam ini
Kutujukan pada ayah bonda
Kekasih hati yang jauh di mata
Rakan taulanku sanak dan saudara

Setahun sudah
Kita terpisah di rantauan
Rindu rasa di hati ini
Untuk kembali nun di sana

Setahun sudah
Kita terpisah di rantauan
Kini sudah tiba masanya
untuk kita bertemu lagi

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Kesilapan yang ada

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Sebulan berpuasa
Syawal menjelang tiba

Oh... sambutlah salam ini
Kutujukan pada ayah bonda
Kekasih hati yang amat dicintai
Rakan taulanku sanak dan saudara
Seribu kemaafan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 11:15 AM | Show all posts
haa bgus thread neh..bg ilham kat aku utk dload
meksum Post at 25-8-2010 11:13



    mintak ngan ruffleen.. die banyak lagu2 woo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 11:16 AM | Show all posts
very da jazzy u olss

Sheila Majid

TAJUK: Hari Mulia

Oh oh oh...
Tidak sabar lagi ku menunggu
Teman-teman nanti mengunjungi
Di hari nan mulia
Semasa suasana riang bahagia
Tiada ternilainya
Segala kini ku nikmati

Beranika warna hari bergaya
Teman ku semua tiba jua
Indahnya aidilfitri
Meraikan kembali mesra gembira
Kini ku mensyukuri
Di kurniai hari mulia

( 1 )
Kepada Maha Esa
Ku memohon doa
Agar usia kita
Dilanjutkan Ia
Oh oh...

Bila tiba lagi hari mulia
Bertemu kembali kita semua
Indahnya aidilfitri
Meraikan kembali mesra gembira
Kini ku mensyukuri
Di kurniai hari mulia oh...

( ulang dari 1 )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 11:17 AM | Show all posts
fuh.. agak sayu aku dengar lagu nie

Siti Nurhaliza (Pak Ngah / Nurul Asyiqin)

TAJUK: Airmata Syawal

( 1 )
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

( 2 )
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

( 3 )
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

( 4 )
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

( ulang 2, 3, 4 )
( ulang 1 )
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:17 AM | Show all posts
best la thread ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-8-2010 11:18 AM | Show all posts
yang utk yang putus chenta

Khairil Johari Johar

TAJUK: Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:19 AM | Show all posts
SHARIFAH AINI - SELAMAT HARI RAYA

Hai selamat hari raya
kami semua ucapkan
menikmati hidangan
yang kami sediakan
sila jamu selera
dengan bermacam hidangan
pilih yang mana suka
sila jangan la segan...

**rasalah ketupat ini
dengan rendang nya sekali
sudilah rasa kuih ku
pilihla yang mana satu

hai dihari begini
kita menjamu selera
kita bermaaf maafan
di suasana hari raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2010 11:20 AM | Show all posts
saper ingat lagu nie??

Dayang Ku Intan

TAJUK: Senandung Hari Raya Untuk Mu

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

1
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

( korus )
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga

( ulang dari 1 hingga akhir )
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:20 AM | Show all posts
nie lagu raya paling aku suke :

Junainah M. Amin

Suasana Riang Di Hari Raya

Marilah adikku marilah bersamaku
Kutukarkan bajumu yang baru
Ramailah kawanmu yang telah menunggu
Cepatlah siap adikku

Panggillah kawanmu duduk keliling meja
Makanlah ketupat kuih-muih yang ada
Jangan rebut-rebut makanlah dengan tertib
Itulah pesan ibu

( korus )
Kalau sudah makan jalan ramai-ramai
Bersama kawanmu semua
Bersalam-salaman bermaaf-maafan
Di hari bahagia ini

Alangkah girangnya di hari yang mulia
Kita semua berhari raya
Dengan hati ikhlas zahir batin sekata
Selamat hari raya

( ulang dari korus )
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:23 AM | Show all posts
lagu suasana riang di hari raya di tulis oleh kassim masdor/yusnor Ef. pada asalnya lagu inie hendak di beri kpd penyanyi lain, tp memandangkan karekter junainah yg baby face maka komposer2 itu merasakan junainah paling sesuai merakam lagu ini.. lagu ini siap di rakamkan pada tahun 1973.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:25 AM | Show all posts
  
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema

Dengar-dengar itu bedok telah berbunyi
Sebulan puasa tamatlah hari ini
Lekaslah adikku hiaskan rumahmu
Biar serba baru untuk para tamu

Jangan kau lupa ketupat di dapur
Rendang di kuali jangan biar hangus
Cuba lihat itu kanak-kanak berlari
Di halaman rumah bermain bunga api

Bangunlah anakku pakai baju baru
Kawanmu semua telahpun menunggu
Dapatkan ayahanda sujud di kakinya
Serta jangan lupa nindamu kedua

Kita bermaaf dengan keikhlasan
Moga bertambah rahmat dari Tuhan
Dengar-dengar itu takbir sedang bergema
Hening dan mulia di pagi hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:29 AM | Show all posts
dendang perantau ada 3 versi dinyanyikan oleh p. ramlee. tahun 1954, 1967 dan 1973. penyanyi-penyanyi lain yang merakamkan lagu dendang perantau ialah
(1975) Saloma         
(1976) A Razak         
(1992) Elias Shah         
(1993) Wann         
(1994) Loga Alleycats         
(1995) Zainal Abidin         
(1997) Sharifah Aini         
(2004) M. Shariff         
(2007) Nassier Wahab
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:29 AM | Show all posts
aku paling suka dendang perantau
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:30 AM | Show all posts

Khatijah Ibrahim : Bingkisan Untuk Perwira

Ku pohon doa restu untuk perwira ku
Ku datang kepada mu dalam impian rindu
Ku utuskan bingkisan kasih murni cinta
Mengiring pertemuan di fajar hari raya

Jiwa mu nan perkasa tabah dan setia
Sedia pertahankan tanahair tercinta
Selamat kau berjuang duhai perwira ku
Menanti kau pulang menunaikan janji mu

Tiada ku kesalkan perpisahan ini
[ Bingkisan Untuk Perwira lyric found on www.lirik.my ]
Ku rela kau berkorban demi untuk pertiwi
Semoga kau bahagia di hari raya
Waspadalah selalu oh kasih...

Kiranya 'dah suratan kita berjauhan
( Ku ) hadapi dugaan cinta mekar suci
Betapa ku merasa tanpa kau di sisi
Hari raya yang indah namun kesepian

p/s - lagu ni mek nk nangis feeling bf perwira gitu!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:34 AM | Show all posts
ampun kan mek kalu mek salah .. katernyer s jibeng.. ader masuk tabloid tak silap den!!
samshik Post at 25-8-2010 11:04


bagi prove s jibeng penyanyi asal adoiii lawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 11:36 AM | Show all posts

Rosemaria : Di Pagi Aidil Fitri

Kau Kirimkan Sekeping Kad Ucapan
Bagai Pengganti Diri Engkau Tiada Di Sisi
Kutatapi Azimat Yang Bererti
Penawar Hati Pemikat Janji

Dikau Tiada Kini
Daku BersenDiri Menunggu Merindu
Tak Tertahan Air Mata
Membasahi Di Pipi Di Pagi AiDil fitri

Kusedari Tak Harus ku Berduka
Di Hari Raya Hari Bahagia
Apalah Daya Kutelah Mencuba
Namun Kepiluan Menguasai Jiwa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:39 AM | Show all posts
rumah baru yang meletup2 devas gitu..... i like
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 11:39 AM | Show all posts
bagi prove s jibeng penyanyi asal  adoiii lawak
alesandra Post at 25-8-2010 11:34



    kalu ader mek tepek la.. takanla mek nak buat cter .. time tu s jibeng siap cter die idup susah .. but dah lamer cter nie...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 11:40 AM | Show all posts
banyak lagu raya yang sedap2..suke sudirman ngan aishah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.076749 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list