CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1199|Reply: 9

[Tempatan] Jelebu kawasan paling kering, alami banjir terburuk

[Copy link]
Post time 28-12-2021 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Jelebu kawasan paling kering, alami banjir terburuk

Disember 28, 2021 @ 9:03am


Begitu banyak kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana banjir yang melanda Jelebu, baru-baru ini termasuk ada yang kehilangan tempat tinggal - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Bencana banjir yang melanda lapan negeri termasuk Negeri Sembilan pada minggu lepas, disifatkan oleh banyak pihak sebagai antara yang terburuk di negara ini dalam tempoh 50 tahun.

Musibah yang datang ketika rakyat masih lagi diancam jangkitan COVID-19, menambah beban mereka yang sudah sedia terbeban khususnya dari segi ekonomi.

Di negeri ini, Jelebu adalah daerah paling subur dan terkenal dengan durian Jelebu, antara yang paling teruk terjejas dalam bencana itu, membabitkan 11 kawasan dengan puluhan buah kampung, selepas hujan lebat selama lebih lima jam sejak 6 petang pada 18 Disember.

Penduduk di kampung yang terkesan, antaranya Kampung Chennah, Kampung Puom dan Kampung Pah, iaitu kawasan paling teruk terjejas, langsung tidak menyangka kejadian hujan lebat luar biasa itu akan memberi kesan yang amat besar kepada mereka.

Kebanyakan mangsa yang ditemui, reda dengan ujian yang menimpa mereka, namun masing-masing mengakui masih lagi dalam keadaan terkejut apabila melihat begitu banyak kerosakan yang ditinggalkan oleh bencana itu, termasuk kehilangan tempat tinggal kerana rumah dihanyutkan arus, atau hanya tinggal bumbung, atau senget dan tidak selamat didiami, atau ranap sepenuhnya.

Kerugian dari segi ternakan dan tanaman juga tidak terkira, sementara beberapa lokasi tumpuan pelancong turut musnah.

Sekalipun begitu, warga Jelebu tetap bersyukur kerana tiada yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana itu yang menyaksikan paras banjir setinggi lebih dua meter.

Dari segi geografi, Jelebu terletak di penghujung Banjaran Titiwangsa dengan bentuk muka bumi berbukit-bukau. Justeru, daerah yang bersempadan dengan Selangor dan Pahang serta diapit oleh daerah Seremban, Kuala Pilah dan Jempol itu agak terlindung daripada hujan.

Malah, daerah itu adalah kawasan paling kering di Negeri Sembilan.



Seorang penduduk Kampung Chennah, Jelebu giat melakukan kerja-kerja pembersihan di kedainya. - Foto BERNAMA


Penduduk Kampung Chennah, Jelebu, giat melakukan kerja-kerja pembersihan akibat terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan kampung itu. - Foto BERNAMA


Sisa lumpur kering jelas dapat dilihat pada sebuah kenderaan yang terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan Kampung Chennah, Jelebu. - Foto BERNAMA

Namun, pada 18 Disember lalu, lima stesen hujan di daerah itu merekodkan taburan hujan yang luar biasa iaitu melebihi 100 mm, sedangkan pada hari sebelumnya, lima stesen terbabit - Ulu Klawang, Chenor, Ladang Pertang, Ladang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Jelebu serta Chennah - mencatatkan paras normal bawah 60 milimeter (mm).

Pada hari kejadian, stesen Ulu Klawang mencatatkan jumlah taburan hujan tertinggi 199mm dalam tempoh lima jam, bersamaan taburan hujan untuk sebulan, sementara stesen hujan lain merekodkan antara 77mm dan 180mm.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat yang teruk di beberapa kawasan rendah dan berisiko banjir di lembangan Sungai Triang.

"Kebanyakan kawasan yang terjejas tempoh hari menunjukkan kawasan itu telah mengalami taburan hujan melebihi 100 ARI (Average Recurrence Interval)," katanya.


Penduduk mengemas dan membersih kawasan rumah selepas banjir surut di Kampung Batu Serambai, Jelebu. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin


Penduduk mengemas dan membersih kawasan rumah selepas banjir surut di Kampung Batu Serambai, Jelebu. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan air dari sub lembangan Sungai Triang seperti Sungai Chennah, Sungai Klawang, Sungai Chempedak, Sungai Gelami, Sungai Kenaboi dan Sungai Jelebu tidak dapat mengalir ke Sungai Triang, sekali gus menyebabkan banjir.

Keadaan bertambah buruk apabila penduduk langsung tidak bersedia untuk menghadapi bencana di luar jangka itu, katanya yang menyifatkan banjir di Jelebu adalah yang terburuk sejak 15 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menyediakan rumah bagi penduduk yang kehilangan kediaman dalam bencana itu. – BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni ada aje tempat yang sebelum ni tak terjejas dengan banjir tapi baru2 ni tiba-tiba air melimpah ke kawasan tersebut so bagi sesiapa yang rasa boleh hidup menongkat langit sampai ke akhir hayat kenalah renung-renungkan kan lah ya
Terutama yang dok condemned mangsa2 banjir dengan persoalkan tak ada duit simpanan sampai perlu meratab hiba untuk menagih simpati
Takut2 apa yang korang dah condemned tu akan patah balik kat diri sendiri @ pun keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:17 PM | Show all posts
Ni ada kes pembalakan juga ke macam mana agaknya.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-12-2021 01:17 PM
Ni ada kes pembalakan juga ke macam mana agaknya.


Tak pasti
Pak Lang dan cousin aku antara mangsa  yang terkesan dengan banjir ni
Depa tinggal di Kg Titi
Memang teruk juga lah kesan banjir ni yang mana akibat dari banjir ni, rumah cousin aku baru siap di bina telah mengalami kerosakan yang teruk
Dia tak sangka air naik dengan begitu cepat
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MP Umno Jolobu tak nampak muko pun. Tapi sure Pru15 akan monang lagi sebab masih ramai pengundi molayu Jolabu yg.bodo. Cash lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 01:52 PM | Show all posts
Yang penting kena bersiap sedia dalam menghadapi apa jua bencana dan juga cabaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2021 01:57 PM | Show all posts
So, dah tak boleh nak salahkan projek hiway lah kan, ka boleh?

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 28-12-2021 01:12 PM
Sekarang ni ada aje tempat yang sebelum ni tak terjejas dengan banjir tapi baru2 ni tiba-tiba air me ...

Kalau kena.gini
Orang yang ada.simpanan.pung.terduduk...
Apatah.lagi yang kais pagi makan pagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling kering Dan Paling subur macam mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
keane.somewhere replied at 28-12-2021 03:49 PM
Paling kering Dan Paling subur macam mana tu?

Paling kering di N9 dan juga Malaysia bukan bermakna kering kontang seperti gurun Sahara.  Hujan tetap ada.....dan hujan yg agak kurang sedikit berbanding daerah lain disamping terletak di kawasan tanah tinggi menyebabkan hasil pertanian dikategorikan sebagai produk kelas A. Tebu Jelebu dapat permintaan tinggi terutama dari Singapura.  Durian kampung Jelebu.....terasa lebih enak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044699 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list