KUCHING: Presiden Sarawak United FC (SU FC) Datuk Posa Majais menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mengucar-ngacirkan keharmonian dalam pasukan.
Beliau merujuk kepada sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu tunggakan gaji yang telah pun diselesaikan sejak beberapa bulan yang lalu.
Jelasnya, isu terbabit cuma mengalami kelewatan atas beberapa faktor tertentu namun bukanlah kerana tidak mahu membayar langsung gaji pemain.
“Saya ingin menjelaskan kepada semua bahawa jangan lagi terus membuat tuduhan bahawa SU FC mempunyai tunggakan gaji. “Perkara terbabit sebenarnya menjejaskan keharmonian dalam pasukan disebabkan publisiti buruk berkaitan dengan pasukan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.
Justeru katanya, beliau mengambil pendekatan dengan menyingkirkan pemain-pemain berprofil tinggi yang sentiasa memburukkan pasukan dan hanya mengekalkan pemain tertentu.
Tambahnya, setakat ini hanya lima pemain yang mahu meninggalkan pasukan manakala majoriti mahu kekal.
by Suaraswk
December 26, 2021 |