CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Borneo] Jarak masa baharu terima dos penggalak diumum minggu depan

[Copy link]
Post time 26-12-2021 04:28 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan jarak masa baharu bagi suntikan dos penggalak COVID-19 minggu depan berikutan penularan varian Omicron dalam negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia melibatkan pemendekan sela masa antara dos kedua vaksin COVID-19 dan dos penggalak.

“Minggu depan saya akan umumkan ‘interval’ baharu yang akan dipendekkan.

“Ini akan melayakkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 untuk dapatkan dos penggalak,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 62 kes varian Omicron dikesan di negara ini melibatkan 61 kes jangkitan import dan satu kes pula disyaki jangkitan tempatan.

Khairy berkata berdasarkan situasi tersebut, KKM menasihatkan mana-mana individu yang berhasrat melakukan perjalanan ke luar negara untuk menerima suntikan dos penggalak khususnya mereka telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

“Kami amat menyarankan mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan ke luar negara agar menerima (suntikan) ini terutama mereka yang ingin menunaikan umrah.
Data menunjukkan kes varian Omicron ini dikesan daripada mereka yang pulang dari menunaikan umrah,” katanya.

Terdahulu, Khairy memaklumkan 30 kes varian Omicron dilaporkan dalam tempoh dua hari bermula 23 Disember lepas melibatkan individu yang kembali ke tanah air selepas menunaikan umrah. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.052401 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list