CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 0

[Sabah] Empat rumah, kedai runcit musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 26-12-2021 03:54 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Kebakaran melibatkan kemusnahan enam buah rumah dan sebuah kedai runcit di sini awal pagi tadi.

KUNAK: Sebanyak empat buah rumah dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di kampung Jaya Baru, di sini awal pagi tadi.

Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.45 pagi.

“Susulan itu, seramai sembilan anggota dan pegawai bersama tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak dan Semporna digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.

“Turut membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat empat buah rumah dan sebuah kedai runcit jenis tidak kekal sudah musnah terbakar.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memadam menggunakan sumber air daripada jentera dan air perigi berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada jam 2.27 pagi dan operasi terus dijalankan bagi memastikan api terpadam sepenuhnya,” katanya.

Katanya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir supaya kawasan kebakaran dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.44 pagi.

“Kebakaran hanya melibatkan harta benda sahaja dan tiada laporan mengenai kecederaan mangsa berlaku,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.222891 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list