CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

[Sabah] Satu kluster baharu COVID-19 direkodkan

[Copy link]
Post time 26-12-2021 03:53 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kluster COVID-19 baharu di daerah ini melibatkan 22 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata, kluster Bahtera Kinabalu adalah melibatkan tempat kerja.

"Sabah mencatat angka baharu COVID-19 iaitu 127 kes hari ini, 41 kes lebih rendah daripada hari sebelumnya.

"Cuma lima daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Kota Kinabalu 31 kes, Tuaran 22 kes, Penampang 12 kes, Ranau 10 kes dan Tawau 10 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, 13 daerah mencatatkan kes pada satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di sembilan daerah.

Katanya, Kluster Bahtera Kinabalu adalah melibatkan kaki tangan kapal MV Orbit Petra. Ia berpunca daripada seorang anak kapal (kes indeks) yang telah disahkan positif.
"Saringan seterusnya dalam kalangan kawan sekerja mendapati 21 lagi anak kapal didapati positif dan kini sedang diberikan rawatan sewajarnya," katanya.

Dalam pada itu katanya, seramai 124 orang daripada 127 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja, tiada kes dalam Kategori 3 serta 5. Dua kes dalam Kategori 4 dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih membuat penilaian ke atas satu kes lagi.


utusanborneo.com.my/2021/12/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056246 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list