CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 504|Reply: 0

[Sarawak] Peniaga patuh harga barangan terkawal sempena Hari Krismas

[Copy link]
Post time 24-12-2021 06:44 PM | Show all posts |Read mode


Nanta memeriksa harga barangan sempena SHMMP di sebuah pusat beli-belah sambil diiringi Azman Adam, hari ini.

KUCHING: Kepatuhan peniaga dalam mengekalkan harga barangan kawalan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Hari Krismas 2021, amat tinggi apabila tiada aduan mengenai perkara itu setakat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanti Linggi berkata, setakat ini, sebanyak 1,060 premis telah diperiksa di seluruh negara sejak hari pertama penguatkuasaannya iaitu 23 Disember lalu.

"Bagaimanapun, sehingga semalam pihak penguat kuasa tidak menerima sebarang aduan dan tiada tindakan yang diambil oleh pihak kementerian ke atas peniaga.

"Ini menunjukkan tahap kepatuhan peniaga amat tinggi sepanjang dua hari pelaksanaan skim tersebut," katanya semasa sidang media selepas mengadakan walkabout sempena pelaksanaan SHMMP 2021, di sebuah pusat beli-belah, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam dan Pengarah KPDNHEP Sarawak, Dato' Stanley Tan.

Nanta yang juga Ahli Parlimen Kapit menjelaskan bahawa setakat ini juga, terdapat lapan jenis barangan di bawah SHMMP tersebut.

"Antaranya melibatkan barangan di bawah kategori ayam, telur ayam, sayur, daging kambing dan daging babi," jelasnya.

Sehubungan itu, Keluarga Malaysia bakal terus menikmati SHMMP yang sedang dikuatkuasakan bermula 23 sehingga 31 Disember 2021.

Selain itu, Nanta menjelaskan, KPDNHEP melaksnaakan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Disember lalu di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

"Ia sedang dilaksanakan secara berperingkat di 222 Parlimen seluruh negara dan bakal berlangsung sehingga Mac 2022," katanya.

Sementara itu, berhubung Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) Nanta menjelaskan skim tersebut mula dikuatkuasakan mulai 7 Disember lalu membabitkan 12 jenis barangan harga terkawal.

"Hasil pemeriksaan di bawah SHMKM sehingga 23 Disember, sebanyak 62 tindakan kes (0.3%) daripada 20,134 premis yang diperiksa dikenakan tindakan di bawah kesalahan skim tersebut.

"Antaranya kesalahan dikenal pasti ialah menjual barangan terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan tidak meletakkan tanda harga khas pada barangan terkawal," tegas Nanta.

Dalam pada itu, beliau berkata KPDNHEP buat masa ini juga dalam kajian akhir menentukan sama ada SHMKM ini perlu diteruskan atau sebaliknya.

"Kementerian akan mengumumkan dalam masa terdekat setelah kajian mengenai skim ini selesai," ujar beliau sambil menambah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) turut bekerjasama dengan KPDNHEP sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini.

Jelasnya, ia bertujuan melakukan pemantauan memastikan barangan mencukupi selain menjamin harga pasaran yang stabil.

Tegasnya lagi, sekiranya didapati peniaga yang tidak mematuhi skim ini bakal berdepan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Mereka boleh dikenakan tindakan RM100,000 sekiranya individu oleh mahkaman atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua atau kompaun sehingga RM50,000 sekiranya menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

"Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaum sehingha RM250,000," tambahnya lagi.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, sekiranya individu mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau kompaun RM5,000.
Manakala bagi syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000.

Justeru, katanya KPDNHEP mengingatkan khasnya peniaga untuk terus mematuhi skim harga yang ditetapkan.

"Selain itu, pengguna juga perlu berhemah dalam melakukan perbelanjaan harian dan menggunakan sepenuhnya kuasa sebagai pengguna terutamanya tempoh pasca COVID-19 dan musim tengkujuh ketika ini," ujarnya.

Sekiranya mempunyai maklumat salah laku peniaga berhubung skim itu, pengguna boleh melaporkan kepada KPDNHEP melalui WhatshApp di talian 019-2794317.

Selain itu pengguna boleh melaporkan di Portal Aduan: e-aduan.kpdnhep.gov.my, Call Centre di 1-800-886-800, Email [email protected], Ez ADU KPDNHEP atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di talian 03-88826088/6245.


utusanborneo.com.my/2021/12/24
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.033785 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list