COVID-19: Sarawak rekod 19 kes baharu, tiada kematian
KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 19 kes positif baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif di negeri ini meningkat kepada 252,148 kes.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, 16 kes adalah kategori satu dan dua manakala tiga kes bagi kategori tiga, empat dan lima.
Menurutnya, bagi kategori satu (tiada gejala) sebanyak tujuh kes, kategori dua (gejala ringan) sembilan kes, kategori tiga (jangkitan paru-paru) satu kes dan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator) dua kes.
“Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu lima kes diikuti Sibu (3), Lawas, Bau dan Lundu masing-masing (2).
"Sementara itu Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman dan Tatau merekodkan satu kes masing-masing,” katanya.
JPBNS memaklumkan pada tiada kes kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19.
utusanborneo.com.my/2021/12/24 |